Kembali buka kalam ALLAH selepas lebih sedekad alpa

Ahmad Haris (gambar) turut mengakui kini ramai memilih untuk mempelajari pengajian al-Quran secara atas talian.
Ahmad Haris (gambar) turut mengakui kini ramai memilih untuk mempelajari pengajian al-Quran secara atas talian.
A
A
A

SHAH ALAM - Hampir lebih sedekad tidak memegang dan membaca al-Quran, terdetik di hati seorang pekerja swasta, Saiful Jafari Mohamad untuk kembali membuka kalam ALLAH itu.

Menurut lelaki berusia 51 tahun itu, kali terakhir dia membaca al-Quran adalah ketika remaja kerana sering disuruh oleh kedua-dua orang tuanya.

“Apabila usia semakin meningkat dewasa dan mula hidup berdikari saya sentiasa sibuk dengan urusan dunia, saya alpa dan tidak pernah baca al-Quran seperti dahulu,” katanya kepada Sinar Harian.

Saiful Jafari menjelaskan, dia mengakui bacaannya tidak lancar serta lupa tentang hukum tajwid menyebabkannya terdetik untuk kembali lebih memahami dan mendalami al-Quran.

Pihak pengajian al-Quran swasta di Bangi tidak ketinggalan menggalakkan orang ramai dalam memahami setiap perkataan dalam kitab suci al-Quran sempena kedatangan Ramadan.
Pihak pengajian al-Quran swasta di Bangi tidak ketinggalan menggalakkan orang ramai dalam memahami setiap perkataan dalam kitab suci al-Quran sempena kedatangan Ramadan.

“Tetapi saya malu untuk belajar secara formal lebih-lebih lagi secara fizikal kerana faktor usia jadi saya pilih untuk belajar secara atas talian sahaja.

“Syukur alhamdulillah saya kini dapat membaca al-Quran agak baik malah hati saya makin tenang,” katanya yang turut mengakui tidak banyak aplikasi menawarkan perkhidmatan memahami ayat-ayat al-Quran yang dibaca seperti mana Think Quran.

Sementara itu, tenaga pengajar di sebuah pusat pengajian solat dan al Quran swasta berpusat di Bangi di sini turut mengakui kini ramai memilih untuk mempelajari pengajian al-Quran secara atas talian.

Artikel Berkaitan:

Seiring masa, pengajian al-Quran secara dalam talian semakin diterima baik ketika pandemik Covid-19 apatah lagi ramai selesa dengan cara itu berbanding secara fizikal.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan aplikasi Think Quran sudah mula digunakan secara meluas oleh orang ramai sejak kempen #FahamKhatamAlQuran dilancarkan pada 12 Januari lalu.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan aplikasi Think Quran sudah mula digunakan secara meluas oleh orang ramai sejak kempen #FahamKhatamAlQuran dilancarkan pada 12 Januari lalu.

Menurut Ketua Jabatan Bimbingan Solat, Geng Mengaji Global, Ahmad Haris Shamsul Baharin, 36, perkara itu sangat baik kerana ramai menunjukkan minat mendalami ilmu agama dan mempertingkatkan prestasi pelajaran mereka dalam bacaan al-Quran.

“Kami juga tidak ketinggalan menggalakkan orang ramai dalam memahami setiap perkataan al- Quran sempena kedatangan Ramadan secara atas talian dan mengadakan bengkel pembelajaran solat sempurna,” katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!