'Hak Najib nak komen' - Latheefa

Latheefa
Latheefa
A
A
A

IPOH - [KEMASKINI] Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hak untuk bersuara berhubung pendedahan audio konspirasi jenayah tertinggi melibatkan rakaman perbualan telefon tujuh individu yang dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, orang ramai juga berhak menyatakan pandangan mengenai rakaman berdurasi 45 minit itu yang melibatkan salah guna kuasa, konspirasi, jenayah berhubung skandal mega SRC International Sdn Bhd dan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Saya ada satu sahaja jawapan, itu hak dia (Najib) untuk membuat apa-apa tindakan, begitu juga hak mereka (orang ramai) untuk membuat apa-apa komen," katanya ketika ditemui pada program ramah mesra bersama Media Perak di sini malam ini.

Sebahagian pengamal media Perak yang hadir pada program ramah mesra SPRM bersama Media Perak malam ini.
Sebahagian pengamal media Perak yang hadir pada program ramah mesra SPRM bersama Media Perak malam ini.

Petang tadi, Latheefa Koya dalam sidang medianya menyatakan rakaman perbualan yang turut melibatkan Najib itu sesuatu yang mengejutkan dan cubaan untuk menutup keadilan.

Rakaman tersebut melibatkan tindakan salah guna kuasa, pecah amanah, memalsukan dokumen, pendedahan maklumat sulit, ancaman keselamatan negara dan konspirasi jenayah.

Selain Najib, beliau turut menamakan Datin Seri Rosmah Mansor dan beberapa individu lain termasuk dua warga asing iaitu seorang kerabat diraja dan seorang ketua eksekutif sebuah syarikat daripada Timur Tengah sebagai individu yang dikatakan dan dirujuk dalam rakaman itu.

Najib dalam laman Facebooknya mempersoalkan mengapa rakaman yang tidak diketahui sumber dan belum disahkan kandungan serta melibatkan pemimpin tertinggi dan kerabat raja negara asing itu dibawah bidang kuasa SPRM dan bukannya polis.

Artikel Berkaitan:

Pendedahan itu turut disifatkan sebagai menghina mahkamah kerana menyentuh kaitan kes 1MDB yang sedang dibicarakan.

Dalam perkembangan lain, Latheefa berkata, cadangan menempatkan pegawai kanan SPRM di Pejabat Menteri Besar (MB) dan Ketua Menteri bukan paksaan sebaliknya syor daripada SPRM dalam kempen mencegah rasuah di peringkat kerajaan negeri.

"Kita menerima respon yang amat positif termasuk Sabah dan Kedah. Ada negeri lain juga sedang berbincang mengenai perjawatan gred dan pangkat," katanya

ARTIKEL BERKAITAN:

Tindakan-undang-undang-terhadap-Latheefa-SPRM