Penduduk Sipitang rayu baiki rumah persinggahan usang

Keadaan rumah yang dijadikan persinggahan untuk bermalam bagi penduduk yang tidak dapat berulang alik dari kampung ke Pekan Sipitang.
Keadaan rumah yang dijadikan persinggahan untuk bermalam bagi penduduk yang tidak dapat berulang alik dari kampung ke Pekan Sipitang.
A
A
A

SIPITANG - Penduduk dari empat kampung yang tidak dapat berulang-alik ke Pekan Sipitang terpaksa menumpang untuk bermalam di sebuah rumah persinggahan yang terletak di tengah pekan tersebut.

Bagaimanapun, rumah yang dibina sejak puluhan tahun itu kini dalam keadaan usang di mana struktur bangunan perlu dibaik pulih atau dibina baharu.

Struktur rumah mulai rosak serta mereput.
Struktur rumah mulai rosak serta mereput.

Menurut penduduk Kampung Lumampau, Andal Ating, 77, dia bersama beberapa penduduk dari kampung lain akan bermalam selama dua atau tiga hari untuk berniaga di tamu mingguan (pasar hari) di Pekan Sipitang.

"Disebabkan perjalanan dari kampung ke Pekan Sipitang mengambil masa sehingga hampir tiga jam dengan keadaan jalan raya yang tidak berturap yang memerlukan kami menggunakan pacuan empat roda menyebabkan rata-rata penduduk kampung tidak akan berulang-alik pada hari yang sama dan akan bermalam di rumah persinggahan tersebut.

Keadaan rumah yang sudah lama menyebabkan ia kelihatan usang dan tidak terurus.
Keadaan rumah yang sudah lama menyebabkan ia kelihatan usang dan tidak terurus.

"Ada juga penduduk yang mempunyai janji temu di hospital atau ahli keluarga sakit selain berurusan di pejabat kerajaan selama beberapa hari turut tinggal di rumah tersebut kerana tidak berkemampuan untuk menyewa hotel atau inap desa yang lebih selesa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Rumah persinggahan untuk penduduk perlu dibaiki atau dibina baharu.
Rumah persinggahan untuk penduduk perlu dibaiki atau dibina baharu.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun Andal berkata, keadaan rumah tersebut yang sudah lama menyebabkan ia kelihatan usang serta tidak terurus selain strukturnya mulai rosak serta mereput.

"Memang rosak teruk, tangga rosak, dinding berlubang serta reput malah bumbung juga bocor. Kadang-kadang haiwan berbisa seperti ular pun masuk ke rumah ini.

Rumah ini perlu dibaik pulih untuk keselesaan penduduk yang menumpang tidur atau membersihkan diri di situ.
Rumah ini perlu dibaik pulih untuk keselesaan penduduk yang menumpang tidur atau membersihkan diri di situ.

"Tapi sini saja tempat kami berteduh, tiada pilihan sebab tiada ahli keluarga tempat kami menumpang tidur atau membersihkan diri," katanya yang berniaga sayur-sayuran di Tamu Sipitang pada setiap Rabu dan Khamis.

Sehubungan itu, Andal merayu supaya rumah tersebut dapat dibaiki atau dibina baharu demi keselamatan penduduk yang menginap di rumah tersebut.

Keadaan di dalam rumah persinggahan tersebut.
Keadaan di dalam rumah persinggahan tersebut.

"Biasanya dalam rumah ini boleh memuatkan sehingga kira-kira 20 orang dan selain dari kampung saya, ada juga penduduk dari beberapa kampung lain termasuk Kampung Ulu Bole, Kampung Rundulang dan Kampung Meligan.

"Kami ada buat permohonan supaya rumah ini dibaiki tetapi sehingga kini belum mendapat maklum balas daripada pihak berkaitan, jadi diharap rumah tumpangan bagi penduduk ini diambil perhatian sewajarnya demi kemudahan penduduk kampung," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28