KPU mahu terus guna Sirekap

Penggunaan Sirekap itu pada mulanya disediakan KPU bagi membolehkan orang ramai memantau proses kiraan itu sebelum pengumuman rasmi dibuat pada 20 Mac depan. Foto Agensi
Penggunaan Sirekap itu pada mulanya disediakan KPU bagi membolehkan orang ramai memantau proses kiraan itu sebelum pengumuman rasmi dibuat pada 20 Mac depan. Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA - Komisi Pemilihan Umum (KPU) pada Jumaat menegaskan untuk meneruskan platform kiraan undi kontroversi digelar sistem rekapitulasi suara (Sirekap) meskipun menerima bantahan banyak pihak.

Pengumuman itu dibuat selepas terdapat calon yang mendakwa sistem baharu tersebut menyebabkan proses itu terdedah kepada penipuan.

“Keputusan rasmi adalah berdasarkan kiraan secara manual dan bukannya yang dipaparkan di Sirekap,” kata Pesuruhjaya KPU, Idham Holik.

Difahamkan, penggunaan Sirekap itu pada mulanya disediakan KPU bagi membolehkan orang ramai memantau proses kiraan itu sebelum pengumuman rasmi dibuat pada 20 Mac depan.

Tetapi, beberapa aduan di media sosial mendakwa berlaku penyelewengan berkaitan data kiraan undi malah kem calon presiden (Capres) No. Siri Satu, Anies Baswedan dan Capres No.Siri Tiga, Ganjar Pranowo mendakwa terdapat cubaan untuk memastikan kemenangan Capres No.Siri Dua, Prabowo Subianto yang ketika ini mendahului mereka.

Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) yang menyokong Ganjar turut menghantar surat kepada KPU menuntut penggunaan semula kiraan undi secara manual dan melakukan audit. - Agensi

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!