Tindakan undang-undang terhadap Latheefa, SPRM

Najib ketika hadir di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Najib ketika hadir di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya.

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib berkata, tindakan diambil kerana SPRM dan Latheefa disifatkan menghina mahkamah.

Menurutnya, pendedahan rakaman audio daripada perbualan telefon didakwa suara Najib adalah subjudis.

“Biasanya bila kita dapat bukti, kita akan buat laporan polis dan SPRM, kemudian buat siasatan secara sulit.

“Paling teruk, beliau (Latheefa) yang berpengalaman dalam perundangan bersama agensinya mendedahkan bukti secara umum. Pada saya, ia adalah satu kesalahan yang serius,” katanya pada sidang akhbar di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] SPRM bongkar audio konspirasi jenayah libatkan Najib, Rosmah

Pagi tadi, SPRM membongkar audio konspirasi jenayah tertinggi melibatkan rakaman perbualan telefon tujuh individu termasuk bekas Perdana Menteri.

Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya berkata, rakaman berdurasi 45 minit itu diterima pihaknya beberapa hari lalu melibatkan salah guna kuasa, konspirasi, jenayah berhubung skandal mega SRC International, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta beberapa kes lain.

Selain Najib, rakaman audio mengandungi percakapan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Zulkifli Ahmad, Datin Seri Rosmah Mansor dan Putera Mahkota Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan serta beberapa individu berkepentingan dalam dan luar negara.

Artikel Berkaitan: