Pas nafi akan bawa usul undi percaya terhadap PM di Parlimen

Tangkap layar kenyataan media yang mendakwa Pas akan mengusulkan undi percaya terhadap kepimpinan Anwar pada Isnin ini.
Tangkap layar kenyataan media yang mendakwa Pas akan mengusulkan undi percaya terhadap kepimpinan Anwar pada Isnin ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pas menafikan pihaknya ada mengeluarkan kenyataan akan mengusulkan undi percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen pada Isnin ini.

Menerusi Facebook Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada Sabtu memaklumkan, kenyataan media yang sedang tular menerusi aplikasi WhatsApp ini tiada kaitan, baik secara langsung atau tidak langsung dengan Setiausaha Agung Pas ataupun Pas.

Kenyataan media yang tular pada Sabtu itu mendakwa Pas telah mengemukakan undi percaya itu untuk dibentangkan serta dibahaskan dalam persidangan Parlimen yang akan bermula pada Isnin ini.

Dakwa kenyataan itu lagi, Pas turut dikatakan yakin usul berkenaan akan mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen apabila dibentangkan nanti.

Dakwaan berkenaan termasuklah Pas mengakui bahawa segala pakej rangsangan ekonomi yang digerakkan kerajaan disambut baik oleh semua sektor ke arah pemulihan ekonomi negara.

p>Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: