Mayat wanita muda ditemukan terapung di lombong

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

IPOH - Mayat seorang wanita yang dipercayai baru meninggal dunia ditemukan terapung di permukaan tepi lombong di Lombong Bandar Lahat Mines di sini pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan bagi membantu pihak polis mengambil mayat seorang wanita pada kira-kira jam 10.20 pagi.

"Kami segera mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh ke lokasi kejadian dan mayat ditemukan dalam keadaan berpakaian lengkap, dan kad pengenalan juga ditemukan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, operasi tamat pada jam 11.24 pagi dan mayat telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!