'Ibu ayam', dua pekerja seks direman tujuh hari

Laporan Sinar Harian (kiri), Ahmad Ridhwan
Laporan Sinar Harian (kiri), Ahmad Ridhwan
A
A
A

BANTING - Seorang wanita tempatan yang berperanan sebagai 'ibu ayam' serta dua pekerja seks wanita warga Indonesia direman tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, reman terhadap ketiga-tiga suspek berusia 45 hingga 57 tahun itu bermula Jumaat hingga Khamis depan.

"Siasatan masih dijalankan untuk mengetahui lebih lanjut pembabitan suspek dalam kegiatan haram itu.

"Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dan seorang wanita berusia 25 tahun yang diselamatkan selepas disyaki dipaksa suspek (ibu ayam) untuk melacur turut berada di bawah perlindungan serta pemantauan pihak polis," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Dalam serbuan kira-kira jam 3 petang, Khamis lalu, polis menyelamatkan mangsa iaitu seorang wanita dan kanak-kanak perempuan disyaki dieksploitasi sebagai pekerja seks di sebuah premis di Banting.

Serbuan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat itu turut menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun serta bayi lelaki berusia 11 bulan.

Sinar Harian melaporkan, siasatan awal mendapati bayi terbabit dipercayai anak kepada mangsa wanita berusia 25 tahun terbabt manakala dua lagi kanak-kanak masih dalam siasatan status mereka.

Kegiatan 'ibu ayam' terbabit dipercayai telah aktif sejak dua bulan lalu dengan sasaran di kalangan warga asing sebagai pelanggan dan kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Atipsom 2007.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!