Influenza: Tiada sekolah di Selangor ditutup

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri Selangor memaklumkan tiada sekolah di negeri ini ditutup susulan wabak influenza A setakat hari ini.

Pengarahnya, Dr Mahanom Mat Sam berkata, pihaknya tidak menerima maklumat berhubung penutupan sekolah di Selangor.

Menurutnya, hanya satu kes diterima melibatkan murid dikuarantin di Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya.

"Tiada sekolah di Selangor ditutup hanya beberapa murid dikuarantin di SK Cyberjaya.

"Saya sedang cuba mengenal pasti pihak yang memaklumkan penutupan sekolah di Selangor kerana pihak kami tidak mengeluarkan kenyataan itu," katanya.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sedang meneliti perkembangan terkini wabak influenza A di semua institusi pendidikan khususnya di sekolah.

Sehingga kini, KPM menerima laporan penutupan sekolah-sekolah di Pulau Pinang, Selangor dan beberapa buah negeri lain susulan beberapa murid disahkan positif influenza A.

Artikel Berkaitan: