Misi kekalkan penurunan indeks jenayah IPD Petaling Jaya

Shahrulnizam ketika ditemui media selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Petaling Jaya di IPD Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.
Shahrulnizam ketika ditemui media selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Petaling Jaya di IPD Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.
A
A
A

PETALING JAYA - "Kejayaan dan pencapaian cemerlang sahabat saya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin sebagai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya akan menjadi pembakar semangat untuk mencapai prestasi lebih baik".

Demikian tegas Ketua Polis Daerah Petaling Jaya yang baharu, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar @ Ismail yang menggantikan tempat Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid.

Shahrulnizam berkata, apa yang telah dicapai oleh Mohd Fakhrudin bertugas hampir tiga tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya merupakan 'booster' buat dirinya untuk mencapai kejayaan lebih baik atau setidak-tidaknya menyamai apa yang telah diperoleh penyandang jawatan itu sebelum ini.

"Ia bukan satu tekanan, sebaliknya satu cabaran kepada diri saya untuk memastikan pencapaian baik terus dicapai oleh IPD Petaling Jaya.

"Saya akan kejar petunjuk prestasi utama (KPI) yang telah dicapai oleh beliau (Mohd Fakhrudin) dengan begitu baik.

"Semua ini penting supaya ia dapat memberi manfaat kepada semua, bukan sahaja kepada kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) malah lebih penting kepada seluruh lapisan masyarakat terutama penduduk di Petaling Jaya," katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Beliau berkata demikian pada majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Petaling Jaya.

Majlis tersebut disaksikan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Artikel Berkaitan:

IPD Petaling Jaya merupakan tiga buah IPD di Selangor mencatat keputusan penurunan indeks jenayah pada tahun lalu.

Sementara itu, Hussein dalam ucapannya pada majlis itu berkata, Mohd Fakhrudin merupakan seorang pegawai dan Ketua Polis Daerah yang boleh dicontohi oleh pegawai polis lain.

Beliau berkata, komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh Mohd Fakhrudin sepanjang bertugas di Petaling Jaya merupakan pencapaian dan prestasi terbaik yang telah dicapai dengan cemerlang.

"Apa yang boleh saya katakan, Mohd Fakhrudin boleh dikategorikan sebagai A atau A sepanjang bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya.

"Saya kagum dengan apa yang telah ditunjukkan olehnya terutama semasa mengendalikan situasi baik sepanjang Piliran Raya dan mengendalikan kes arwah adik Zayn Rayyan.

"Diharap semua pegawai boleh menjadikan beliau sebagai contoh tauladan untuk diikuti," ujar beliau.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28