Hafiz Mahamad hasilkan Misi Ainaa kerana abah

Misi Ainaa ditayangkan di semua platform media sosial Ainaa Beauty mulai 22 Februari 2024.
Misi Ainaa ditayangkan di semua platform media sosial Ainaa Beauty mulai 22 Februari 2024.
A
A
A

USAHAWAN dan pempengaruh popular, Hafiz Mahamad berbelanja lebih RM500,000 menghasilkan sebuah filem pendek berjudul Misi Ainaa.

Apa yang menarik, filem terbitan syarikat miliknya dan isteri, Ainaa Beauty turut memperlihatkan Hafiz bertindak selaku penulis skrip, pengarah dan pelakon.

Malah Hafiz juga tampil berani apabila tidak menggunakan khidmat agensi atau produksi luar, sekali gus menjimatkan kos penghasilan filem pendek itu.

“Kalau saya libatkan orang luar kos filem ini mungkin mencecah jutaan ringgit, tetapi apabila kita buat dengan pasukan sendiri, kos yang dapat dijimatkan sekitar 50 peratus," jelasnya.

Hafiz berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana filem pendek Misi Ainaa di IOI Putrajaya baru-baru ini.

Hafiz dan Syafiqah Aina bersama Hushairi Husain (dua dari kiri) dan Hasnul Rahmat.
Hafiz dan Syafiqah Aina bersama Hushairi Husain (dua dari kiri) dan Hasnul Rahmat.

Ditanya sebab utama dia menghasilkan filem pendek secara percuma tanpa mencari keuntungan, Hafiz berkata, selain mahu menghargai pekerja yang setia bersamanya dan isteri sejak tujuh tahun lalu, Misi Ainaa juga adalah sebagai salah satu tanda kenangan bersama bapa tersayang.

“Tidak pernah terlintas untuk menjadi pengarah dan menulis skrip, tetapi saya bersyukur diberikan ilham dan idea sewaktu menghasilkan Misi Ainaa.

Artikel Berkaitan:

“Semuanya saya lakukan demi abah kerana saya tidak tahu, berapa lama lagi masa yang abah ada bersama kami. Saya kena sentiasa bersedia dan Misi Ainaa adalah salah satu cara saya merakam pesanan abah dalam video yang cukup cantik.

"Selain itu, saya mahu berikan satu pengalaman baru dan realisasikan impian staf saya. Apa yang kami buat tiada keuntungan daripada segi duit kerana semuanya ditayangkan di laman sosial, tiada kutipan tiket pun di pawagam," ujarnya yang menyimpan impian menghasilkan dokumentari berkaitan isterinya untuk siaran Netflix.

Lebih menarik lagi, naskhah bergenre aksi itu turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Azhan Rani, Hasnol Rahmat, Hushairi Husain, Elfira Loy dan pelakon Indonesia, Yayan Ruhiyan.

Misi Ainaa mengisahkan kejadian culik pengasas produk Ainaa Beauty, Syafiqah Aina untuk mencuri data mengenai maklumat pembangunan perniagaannya.

Komander Hafiz yang mendapat arahan daripada Jeneral Abah menyertai misi untuk menyelamatkan Aina serta pasukan lain.

Rintangan dan cabaran untuk menyelesaikan misi terbabit merupakan simbolik jatuh bangun perniagaan Ainaa Beauty sepanjang tujuh tahun.

Misi Ainaa ditayangkan di semua platform media sosial Ainaa Beauty mulai 22 Februari 2024.