RM500,000 lesap terperdaya sindiket jual jongkong emas

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki kerugian RM500,000 selepas terperdaya dengan sebuah syarikat tempatan yang menjadi ejen dalam menjalankan urusan jual beli jongkong emas pada bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima satu laporan berkenaan kejadian itu pada 28 Oktober lalu berkenaan sindiket penipuan pembelian jongkong emas yang tidak wujud.

Beliau berkata, mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 44 tahun membuat laporan polis mendakwa mengalami kerugian RM500,000.

"Lelaki berkenaan terpedaya dengan taktik licik sebuah syarikat yang kononnya menjadi ejen membeli jongkong emas.

"Kejadian berlaku di sebuah hotel terkenal di daerah ini. Modus operandi sindiket adalah dengan meminta mangsa menyerahkan terlebih dahulu wang tunai berjumlah RM500,000 kepada mangsa untuk dikira sebelum mangsa menunggu di lobi hotel," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, mangsa disedari ditipu apabila suspek tidak muncul selepas empat jam menunggu di lobi hotel.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukukm penjara 10 tahun, sebatan dan denda.

Artikel Berkaitan: