Kontrak rumah PPR tamat jika sewakan kepada warga asing - DBKL

DBKL - Foto Bernama
DBKL - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan terus menamatkan kontrak penama atau penyewa kontrak Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekiranya terbukti menyewakan rumah mereka kepada warga asing.

Ketua Eksekuif Pembangunan Sosioekonomi DBKL, Ismadi Sakirin berkata, pihaknya memandang serius perkara tersebut dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang mengambil keuntungan dengan cara tersebut.

"Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan nilai alasan yang diberikan, contoh kalau memang tidak munasabah (beri sewa pada keluarga atau warganergara Malaysia yang lain) dan kalau terbukti dia sewakan pada warga asing, memang mandatori... kita akan tamatkan penyewaan.

"Jika diikutkan memang tiada budi bicara, sebab kita bagi kadar (sewaan) sudah terlalu rendah. Kadang kita bagi contohnya RM140, dia mungkin sewakan RM600 atau RM800, jadi sememangnya sudah hilang kelayakan,” katanya selepas pelancaran pelaksaan Taskforce Ops Sri PA di pekarangan Perumahan Awam Sri Sabah, di sini pada Khamis.

Taskforce Ops Sri PA dilancarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, untuk menjalankan pemeriksaan keselamatan kebakaran perumahan awam DBKL yang berusia lebih 30 tahun.

Ismadi berkata, penamatan kontrak itu juga melibatkan kes penama atau penyewa kontrak PPR yang tidak tinggal di rumah berkenaan, tetapi membenarkan ahli keluarga seperti ibu bapa dan adik beradik menetap di rumah tersebut.

Beliau berkata, syarat mereka yang boleh menetap di situ ialah penama atau penyewa dalam kontrak sahaja.

"Tindakan yang akan diambil jika ada sebarang laporan mengenai hal ini, pihak kami akan datang buat semakan atau taksiran.

Artikel Berkaitan:

"Contoh jika justifikasi itu dia balik kampung sekejap kemudian dia bagi adik tinggal di situ, kita akan bagi dia ruang masa untuk memperbetulkan balik kesalahan dia,” katanya sambil menambah tempoh tujuh bulan akan diberikan dan jika gagal, kontrak akan ditamatkan. - Bernama