Tawar harga ayam murah tapi tipu timbangan

Taktik licik peniaga menawarkan harga ayam murah tetapi menipu timbangan berjaya dihidu oleh penguat kuasa KPDN yang melakukan penyamaran.
Taktik licik peniaga menawarkan harga ayam murah tetapi menipu timbangan berjaya dihidu oleh penguat kuasa KPDN yang melakukan penyamaran.
A
A
A

KOTA BHARU - Taktik licik seorang peniaga di Jalan Pasir Hor, Kampung Padang Enggan di sini menawarkan harga ayam murah tetapi menipu timbangan berjaya dihidu oleh penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada Rabu.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, serbuan bersama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-Bri) dijalankan selepas tindakan peniaga itu tular di laman sosial.

"Pemeriksaan pada jam 10.30 pagi dijalankan terhadap premis perniagaan runcit ayam tersebut mendapati peniaga menggunakan alat timbang sukat elektronik yang tidak ditentusahkan bagi tujuan perdagangan.

"Tindakan dikesan bawah Akta Timbang dan Sukat 1972," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, terdahulu pasukan telah membuat penyamaran sebagai pengguna dan membuat uji beli awal.

Pemeriksaan mendapati peniaga menggunakan alat timbang sukat elektronik yang tidak ditentusahkan bagi tujuan perdagangan.
Pemeriksaan mendapati peniaga menggunakan alat timbang sukat elektronik yang tidak ditentusahkan bagi tujuan perdagangan.

Ujarnya, hasil penyamaran berkenaan mendapati timbangan awal daripada penjual tidak menepati serta meragukan kuantiti atau berat yang dijual kepada pengguna.

Azman memberitahu, tindakan kes juga diambil kerana melanggar perundangan di bawah penguatkuasaan MPKB-Bri.

Artikel Berkaitan:

"KPDN Kelantan menasihatkan pengguna agar tampil untuk membuat sebarang aduan khususnya melibatkan kenaikan harga barangan keperluan, jualan harga yang mengelirukan atau ketidakpatuhan peniaga mengikut saluran rasmi disediakan kementerian.

"Kami berharap pengguna dan peniaga mewujudkan situasi perdagangan yang harmoni untuk meningkatkan serta mengukuhkan ekonomi negara," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!