Polis buru suspek pecah rumah

Video tular memaparkan seorang lelaki pecah masuk sebuah rumah.
Video tular memaparkan seorang lelaki pecah masuk sebuah rumah.
A
A
A

GOMBAK - Polis memburu seorang lelaki disyaki memecah masuk sebuah rumah di Kampung Changkat, di sini dan melarikan barang berharga bernilai RM5,000, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada hari kejadian.

"Pengadu mendakwa telah meninggalkan rumahnya pada jam 8 pagi dalam keadaan berkunci.

"Selepas dia pulang ke rumah pada jam 6.30 petang, pengadu mendapati jeriji pintu dalam keadaan terbuka dan terdapat kesan umpil," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Pengadu mendapati jeriji pintu dalam keadaan terbuka dan terdapat kesan umpil.
Pengadu mendapati jeriji pintu dalam keadaan terbuka dan terdapat kesan umpil.

Ujarnya, pengadu membuat pemeriksaan dan mendapati wang tunai dan barang kemas telah hilang.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil atau menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Mejar Ahmad Fatrah Amirul di talian 013-3122600 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222," katanya.

Terdahulu video tular berdurasi 20 saat memaparkan seorang lelaki disyaki memecah masuk sebuah rumah.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28