Romel Morales sertai JDT

Romel Morales kini sah menyertai pasukan JDT.
Romel Morales kini sah menyertai pasukan JDT.
A
A
A

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) akhirnya menamatkan spekulasi mengenai laporan perpindahan penyerang naturalisasi Harimau Malaya, Romel Morales apabila mengumumkan penyertaan bintang itu ke kelab berkenaan.

Juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu pada malam tadi mengesahkan Morales, sebagai pemain baharu mereka.

Dalam satu video pengenalan yang dimuat naik di laman Instagram Official Johor, Morales dilihat memakai jersi nombor 19, yang sebelum ini digunakan Akhyar Rashid.

Morales, 26, merupakan pemain kelahiran Colombia dan pernah mewakili PKNS FC, Melaka United dan Kuala Lumpur City.

Dia sah dijadikan pemain naturalisasi negara pada 19 Disember lalu dan membantu skuad kebangsaan mengikat Korea Selatan 3-3 dengan gol penyamaan dramatiknya dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Asia di Qatar bulan lalu. - Awani

Artikel Berkaitan: