Bukan Arif Aiman tetapi Corbin Ong bintang utama Harimau Malaya

Arif Aiman, Corbin Ong. Foto FB FAM
Arif Aiman, Corbin Ong. Foto FB FAM
A
A
A

BUKAN Arif Aiman Mohd Hanapi, sebaliknya pertahanan kiri negara, Corbin Ong dilabel sebagai bintang utama Harimau Malaya oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Piala Asia Doha, Qatar.

AFC dalam satu video bertajuk 'About The Teams Malaysia' turut memaparkan statistik Corbin yang telah membuat 22 penampilan dan menjaringkan tiga gol bersama skuad negara.

Arif Aiman yang tampil dengan persembahan luar biasa bersama Harimau Malaya dalam beberapa perlawanan sebelum ini pula diangkat sebagai bintang meningkat naik dalam kejohanan bola sepak terbesar Asia itu.

Selain itu, video tersebut memuatkan fakta bahawa satu-satunya kemenangan Harimau Malaya di pentas Piala Asia adalah ketika menewaskan Emeriah Arab Bersatu (UAE) pada edisi 1980.

Pengendali skuad negara, Kim Pan-gon turut menjadi tumpuan dalam video tersebut dengan rekod kemenangan sebanyak 72.72 peratus sepanjang membimbing pasukan kebangsaan.

Untuk rekod, ini merupakan penampilan keempat Harimau Malaya di pentas Piala Asia selepas tahun 1976, 1980 dan 2007.

Pasukan negara akan membuka tirai Piala Asia menentang Jordan pada awal pagi Selasa sebelum menentang Bahrain pada 20 Januari.

Selepas itu, mereka dijadualkan bertemu Korea Selatan dalam perlawanan terakhir kumpulan lima hari selepas aksi menentang Bahrain.

Artikel Berkaitan: