Juruteknik ditahan bantu siasatan kematian isteri, dua anak perempuan

Polis menahan seorang juruteknik berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan, susulan penemuan mayat isterinya dan dua anak perempuan dalam sebuah rumah, di Lenggeng, Nilai, pada Isnin. Gambar hiasan
Polis menahan seorang juruteknik berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan, susulan penemuan mayat isterinya dan dua anak perempuan dalam sebuah rumah, di Lenggeng, Nilai, pada Isnin. Gambar hiasan
A
A
A

SEREMBAN - Polis menahan seorang juruteknik berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan, susulan penemuan mayat isterinya dan dua anak perempuan dalam sebuah rumah, di Lenggeng, Nilai, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, Balai Polis Lenggeng menerima panggilan daripada seorang lelaki berhubung seorang wanita dan dua orang kanak-kanak yang ditemukan mati di sebuah taman perumahan di kawasan itu pada 9.25 malam tadi.

Beliau berkata, polis yang membuat siasatan susulan kemudiannya mendapati wanita berumur 34 tahun itu dan dua anaknya berumur enam dan tiga tahun ditemui mati di dalam rumah berkenaan.

"Turut ditemukan di tempat kejadian adalah nota. Ketiga-tiga mayat dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Abdul Malik berkata, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Nilai kemudiannya telah menahan suami wanita berkenaan pada pukul 1 pagi Selasa dan lelaki itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: