Pukul remaja, 24 lelaki ditahan bantu siasatan

Kejadian yang dirakam oleh orang awam sebelum tular di media sosial.
Kejadian yang dirakam oleh orang awam sebelum tular di media sosial.
A
A
A

KEPALA BATAS - Seorang remaja warga tempatan dipukul selepas dipercayai membuat provokasi dengan membunyikan ekzos motosikal di sebuah stesen minyak di kawasan Bagan Ajam, Butterworth.

Kejadian tersebut dirakam oleh orang awam dan tular di media sosial pada Khamis.

Dalam klip video berdurasi tiga saat itu memaparkan sekumpulan lelaki memukul seorang lelaki secara beramai-ramai.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, susulan daripada itu, 24 remaja lelaki berusia lingkungan 16 hingga 24 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

"Dua daripada mereka mempunyai dua rekod lampau.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan, boleh dihukum penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kata beliau, hasil siasatan awal yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Ibu Pejabat Polis SPU mendapati, punca kejadian disebabkan mangsa telah melakukan provokasi dengan sengaja membunyikan ekzos motosikal dengan kuat.

"Perbuatan mangsa itu telah menghasilkan bunyi bising dalam satu perarakan keagamaan. Kejadian ini tidak sepatutnya berlaku kerana boleh mengganggu gugat serta mendatangkan kekacauan kepada ketenteraman awam.

Artikel Berkaitan:

"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian ini boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Nazri Wan Chik di talian 014319 0131," katanya.