Kawasan khas merokok, satu lagi langkah 'pusingan U' kerajaan - Gerakan

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan KKM akan mempertimbang langkah menyediakan kawasan khas merokok khususnya bagi premis makanan di kawasan sempit sepertimana dilakukan di negara maju seperti Singapura, Jepun dan Hong Kong. Gambar kecil: Jimmy Chew Jyh Gang
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan KKM akan mempertimbang langkah menyediakan kawasan khas merokok khususnya bagi premis makanan di kawasan sempit sepertimana dilakukan di negara maju seperti Singapura, Jepun dan Hong Kong. Gambar kecil: Jimmy Chew Jyh Gang
A
A
A

KUALA LUMPUR - Langkah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mempertimbang cadangan menyediakan kawasan khas merokok khususnya bagi premis makanan di kawasan sempit disifatkan sebagai satu lagi langkah pusingan U oleh pihak kerajaan.

Perkara itu ditegaskan Ketua Biro Pertubuhan Bukan Kerajaan, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Jimmy Chew Jyh Gang sebagai respon kepada kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

"Saya hairan kerana pada 2019, ketika Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan, Menteri Kesihatan yang sama (Datuk Seri) Dr Dzulkefly Ahmad dan Timbalan Menteri Kesihatan, (Datuk) Dr Lee Boon Chye tergesa-gesa membuat penguatkuasaan larangan merokok di restoran sehingga berlaku kegelisahan dalam kalangan masyarakat.

"Kononnya mereka tidak kisah di maki hamun dan sangat mengambil berat kesihatan rakyat serta komited untuk mempertahankan persekitaran yang sihat, supaya kesihatan setiap lapisan rakyat terbela," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada Ahad, KKM seperti dilaporkan media akan mempertimbang langkah menyediakan kawasan khas merokok khususnya bagi premis makanan di kawasan sempit.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, premis di kawasan sempit agak sukar bagi mematuhi jarak tiga meter untuk merokok yang dikuatkuasakan ketika ini.

Ujarnya, perkara itu bukanlah satu langkah mengundur ke belakang sebaliknya bagi memastikan larangan merokok pada jarak tiga meter dari premis makanan dipatuhi.

Dalam pada itu, Jimmy bagaimanapun mempersoalkan kewajaran KKM mahu mempertimbangkan semula untuk memperkenalkan kawasan khas merokok tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Adakah Kerajaan Madani hari ini sudah tidak komited lagi untuk mewujudkan persekitaran bebas asap rokok?

"Saya berpendapat, penguatkuasaan semula kawasan khas merokok di premis makanan akan memberi impak negatif sekali gus memusnahkan usaha kerajaan sebelum ini untuk melahirkan genarasi bebas rokok pada masa depan," ujarnya lagi.

Ujarnya, kerajaan PN sebelum ini begitu komited untuk membebaskan rakyat Malaysia daripada asap rokok dan mengambil langkah realistik dan tidak tergesa-gesa untuk menjayakan usaha tersebut apabila mewujudkan pelan pelaksanaan peruntukkan Generational End Game Anti Rokok-18 (GEG) atau dikenali sebagai Gegar-18.

"Sepatutnya KKM di bawah Kerajaan Madani hari ini berusaha untuk melaksanakan RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dan bukannya memberi alasan bahawa undang-undang ini tidak boleh dikuatkuasakan atas klausa tidak berperlembagaan dan boleh membawa kerugian berjuta-juta ringgit kepada kerajaan," tambahnya.