Pencemaran sungai: Ladang itik jadi punca, bukan babi

Ladang itik di perkampungan Sungai Lembu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang disyaki menjadi punca pencemaran yang mengalir ke Sungai Air Merah dan Sungai Kulim di Kedah.
Ladang itik di perkampungan Sungai Lembu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang disyaki menjadi punca pencemaran yang mengalir ke Sungai Air Merah dan Sungai Kulim di Kedah.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - [DIKEMAS KINI] Pencemaran Sungai Kulim dan Sungai Air Merah, Kedah akibat pelepasan sisa ternakan di perkampungan Sungai Lembu, di sini dipercayai berpunca dari ladang itik, bukanlah kandang babi seperti didakwa sebelum ini.

Terdapat pelepasan sisa yang mengalir ke sungai dari ladang itik.
Terdapat pelepasan sisa yang mengalir ke sungai dari ladang itik.

Pengerusi Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi Pulau Pinang, Fahmi Zainol berkata, satu lawatan tapak telah dilakukan membabitkan beberapa agensi berkaitan dan mendapati terdapat pelepasan sisa yang mengalir ke sungai dari ladang itik.

Dari kanan Saira, Fahmi dan Mohd Aklis serta beberapa agensi berkaitan turun padang melawat kedua-dua buah ladang yang terletak di perkampungan Sungai Lembu, Bukit Mertajam Pulau Pinang.
Dari kanan Saira, Fahmi dan Mohd Aklis serta beberapa agensi berkaitan turun padang melawat kedua-dua buah ladang yang terletak di perkampungan Sungai Lembu, Bukit Mertajam Pulau Pinang.

Bagaimanapun, kata beliau, ia tidak memberi kesan secara langsung kepada bekalan air terawat membabitkan kedua-dua negeri sama ada Kedah dan Pulau Pinang.

"Yang viral semalam mengatakan bahawa pencemaran daripada ladang khinzir tapi sebenarnya bukan, kita pergi kedua-dua ladang, ladang yang pertama ladang khinzir dan mendapati bukanlah dari ladang itu tetapi datang dari ladang itik baka bersebelahan dengan ladang tersebut.

"Kita juga mendapati bahawa memang ada 'direct discharge' daripada ladang itik seterusnya mengalir ke Sungai Air Merah dan menerusi Sungai Kulim," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika turun padang ke kawasan ladang ternakan di Sungai Lembu di sini pada Isnin.

Lokasi ladang ternakan di Sungai Lembu, Bukit Mertajam Pulau Pinang yang disyaki menyebabkan berlakunya pencemaran sungai.
Lokasi ladang ternakan di Sungai Lembu, Bukit Mertajam Pulau Pinang yang disyaki menyebabkan berlakunya pencemaran sungai.

Hadir sama, Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang, Dr Saira Banu Mohamed Rejab.

Dalam masa sama, Fahmi menegaskan bahawa pelepasan sisa kumbahan itu bagaimanapun tidak memberi kesan terhadap air terawat Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

"Kita harap penduduk Kedah dan Pulau Pinang tenang, ia tidak memberi kesan secara langsung kepada air yang dirawat oleh PBAPP iaitu terletak sejauh 14 kilometer dan secara umumnya kesan kepada alam sekitar.

Fahmi bersama beberapa agensi berkaitan turun padang melawat ladang yang disyaki menyebabkan pencemaran di Sungai Lembu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Fahmi bersama beberapa agensi berkaitan turun padang melawat ladang yang disyaki menyebabkan pencemaran di Sungai Lembu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.



"Tetapi untuk pengguna air khususnya di luar Pulau Pinang dan rakyat Kedah, ianya tidak terkesan. Ia masuk ke Sungai Air Merah dan hanya melintasi garis sempadan negeri Kedah dan Pulau Pinang dan masuk balik ke kawasan negeri Pulau Pinang," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, beliau meminta agar orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak tepat yang boleh menimbulkan kebimbangan masyarakat berhubung isu berkenaan.

"Saya mengharapkan bahawa masyarakat jangan khuatir dan terus kepada kesimpulan tersebut kerana ianya melibatkan perkara-perkara sensitif untuk dua buah negeri Kedah dengan Pulau Pinang dan juga babi ataupun khinzir haiwan yang sensitif jugalah,"jelasnya.

Sementara itu, Pegawai Veterinar Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Majlis Bandaraya Seberang Perai, Mohd Aklis Azmi berkata, kompaun akan dikenakan kepada pengusaha ladang itik membabitkan Akta 171 Akta Kerajaan Tempatan 1976 membabitkan kesalahan kacau ganggu yang boleh dikenakan hukuman kompaun maksimum sehingga RM1,000 jika sabit kesalahan.

Difahamkan, hasil siasatan turut mendapati, operasi ladang itik membabitkan populasi 100,000 ekor ternakan itu juga tidak memiliki lesen menternak dan sudah beroperasi sejak 15 tahun lepas.

Sebelum ini media melaporkan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah mengesan berlakunya kegiatan melepaskan sisa ternakan disyaki dari ladang babi di perkampungan Sungai Lembu, Pulau Pinang yang menyebabkan pencemaran Sungai Kulim dan Sungai Air Merah di Kedah.

Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, pemeriksaan lapangan yang dilakukan pegawai penyiasat meliputi kawasan hulu sungai berjaya mengesan aliran air hitam dari Sungai Air Merah mengalir masuk ke Sungai Kulim.