PDRM sambut baik cadangan Tun M tubuh Jawatankuasa Aduan

Abdul Hamid Bador
Abdul Hamid Bador
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut baik cadangan kerajaan untuk menubuhkan Jawatan kuasa Aduan (JKA) bagi memantau pengendalian aduan kes-kes salah laku membabitkan 20 agensi penguat kuasa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, langkah itu seiring dengan agenda utama PDRM untuk meningkatkan integriti pegawai dan anggotanya.

“Masih ramai warga PDRM yang berintegriti. Cuma segelintir yang masih degil dan enggan berubah,” katanya.

Menurutnya, bukti paling ketara ialah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) sedang diperkasakan dengan penambahan 400 perjawatan baru.

“Bagi pihak PDRM saya mengalu- alukan usaha pemantauan tambahan untuk memastikan matlamat suci ini tercapai,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Sementara itu, Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya pula berkata, langkah penubuhan Jawatankuasa Khas itu amat sesuai dan tepat pada waktunya.

ARTIKEL BERKAITAN: 20 agensi penguat kuasa diperhatikan

Artikel Berkaitan: