Puntung rokok punca 12 motosikal terbakar

Sebanyak 12 motosikal hangus dalam kebakaran dekat depoh simpanan lori syarikat pembersihan di Jalan Sungai Jagung Lencongan Barat Sungai Petani hari ini.
Sebanyak 12 motosikal hangus dalam kebakaran dekat depoh simpanan lori syarikat pembersihan di Jalan Sungai Jagung Lencongan Barat Sungai Petani hari ini.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Kebakaran 12 motosikal dekat depoh simpanan lori milik sebuah syarikat pembersihan di Jalan Sungai Jagung, Lencongan Barat Sungai Petani di sini tengah hari tadi dilaporkan berpunca daripada puntung rokok.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pihaknya dimaklumkan oleh Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat bahawa kebakaran berlaku merupakan kemalangan dan tiada kaitan dengan unsur jenayah.

"Pihak Forensik bomba mengesahkan kejadian berlaku akibat kemalangan di mana pihaknya menjumpai puntung rokok di tempat kejadian iaitu tempat pekerja syarikat tersebut melepak," katanya.

Dalam kejadian jam 12.16 tengah hari tadi, sebanyak 12 motosikal yang diparkir di kawasan lapang itu musnah 95 peratus dan sebuah kereta terbakar 15 peratus membabitkan kerosakan lampu bahagian hadapan sebelah kiri.

Menurut Adzli, polis menerima laporan mengenai kebakaran itu petang tadi daripada seorang pengurus tapak.

Beliau berkata, pengurus tapak itu menyedari kebakaran berlaku apabila ternampak kepulan asap hitam selepas melepasi lampu isyarat berdekatan lokasi.

"Setelah sampai di simpang masuk kawasan lapang mendapati 12 buah motosikal milik pekerjanya yang diparkir telah terbakar," katanya.

Menurutnya, hasil temu bual dengan pengawal keselamatan memaklumkan dia berada di depoh simpanan lori pada jam 8 pagi hingga 11.59 pagi.

Artikel Berkaitan:

"Pengawal keselamatan dikatakan keluar mengambil anak di sekolah dan seterusnya menghantar anak ke rumah mentua.

"Dia kemudian telah dihubungi pengurus tapak yang memaklumkan bahawa depoh telah terbakar," katanya.

Menurutnya, kebakaran berlaku begitu pantas dalam masa lebih kurang 14 minit bermula dari sebuah sofa berdekatan lokasi kejadian sebelum merebak ke tempat lain.

"Keadaan angin kuat dipercayai mendorong api marak sehingga merebak ke kawasan parkir motosikal. Kerugian dianggarkan RM20,000," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan sebanyak 12 motosikal hangus manakala sebuah kereta jenis Perodua Myvi terbakar 15 peratus semasa pekerja syarikat pembersihan itu sedang bertugas melaksanakan tugasan masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: 12 motosikal hangus