12 motosikal hangus

Keadaan 12 motosikal yang hangus 95 peratus dalam kebakaran di Jalan Sungai Jagung, Sungai Petani tengah hari tadi. - Foto JBPM
Keadaan 12 motosikal yang hangus 95 peratus dalam kebakaran di Jalan Sungai Jagung, Sungai Petani tengah hari tadi. - Foto JBPM
A
A
A

SUNGAI PETANI - Sebanyak 12 motosikal dan sebuah kereta yang diparkir di kawasan lapang milik sebuah syarikat pembersihan di Jalan Sungai Jagung di sini terbakar kira-kira jam 12.15 tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, kebakaran melibatkan 12 motosikal dan sebuah kereta jenis Perodua Myvi itu dipercayai milik pekerja syarikat berkenaan.

Menurutnya, sepasukan 15 anggota bergegas ke lokasi kejadian bagi operasi memadam kebakaran sebaik menerima panggilan jam 12.16 tengah hari.

"Kesemua 12 motosikal dianggarkan terbakar 95 peratus manakala kereta terbakar dalam anggaran 15 peratus.

"Kereta Perodua Myvi itu mengalami kerosakan melibatkan lampu depan dan pintu sebelah penumpang kiri," katanya.

Kereta jenis Perodua Myvi dilaporkan terjejas 15 peratus dalam kejadian kebakaran membabitkan 12 buah motosikal di Jalan Sungai Jagung, Sungai Petani tengah hari tadi. - Foto JBPM
Kereta jenis Perodua Myvi dilaporkan terjejas 15 peratus dalam kejadian kebakaran membabitkan 12 buah motosikal di Jalan Sungai Jagung, Sungai Petani tengah hari tadi. - Foto JBPM

Beliau berkata, siasatan di lokasi kejadian masih dijalankan oleh Bahagian Forensik JBPM bagi mengenal pasti sama ada kejadian berlaku disebabkan terbakar atau khianat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, walaupun tiada laporan polis diterima namun pihaknya telah mengarahkan pegawai forensik polis bersama forensik bomba untuk melakukan siasatan.

Artikel Berkaitan: