ASP antara 13 polis Terengganu dibuang kerja tahun lalu

Aidi (dua dari kiri) pada sidang akhbar di Kuala Terengganu hari ini.
Aidi (dua dari kiri) pada sidang akhbar di Kuala Terengganu hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang pegawai kanan berpangkat Asisten Superintendan antara 13 polis dari Kontinjen Terengganu yang dibuang kerja pada tahun lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, kesemua anggota terbabit juga antara 99 polis Terengganu yang dikenakan tindakan tatatertib kerana terlibat dalam pelbagai kes salah laku termasuk penyalahgunaan dadah tahun lalu.

"Jumlah anggota terlibat salah laku menunjukkan peningkatan berbanding 64 kes direkodkan tahun lepas dan kita tidak akan sesekali berkompromi tidak kira pangkat yang terlibat dalam pelbagai kes salah laku.

“Kita akan meneruskan ‘Op Blue Devil’ pada tahun ini dalam usaha mengesan mereka yang terlibat dengan gejala tidak sihat ini,” katanya pada sidang akhbar di Dewan Redang Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu di sini hari ini.

Menurutnya, kebanyakan anggota terlibat tindakan tatatertib memberi alasan terpaksa melakukan kesalahan jenayah dalam tugas kerana berdepan masalah kewangan, kadar hutang yang serius selain tabiat sukar dibuang terutamanya pengambilan dadah.

“Alasan diberikan lebih kepada hendak ‘selamat dirikan’ kerana di Terengganu kita dapati kos sara hidup tidak tinggi, malah dengan gaji bulanan diterima meskipun anggota berpangkat rendah, mereka masih boleh uruskan kewangan.

“Tetapi ada juga memberi alasan gaji diterima terpaksa digunakan untuk membayar hutang termasuk hutang kad kredit, hutang pembelian dan ada juga yang memberi alasan terpaksa jamin keluarga dan sebagainya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 78 polis di Kelantan kena tatatertib, 4 dibuang kerja

Artikel Berkaitan: