Ada 'six-pack' atau dibuang kerja

Elliott bertindak menetapkan syarat kecergasan minimum kepada sesiapa yang mahu bekerja di syarikat miliknya. - Foto Agensi
Elliott bertindak menetapkan syarat kecergasan minimum kepada sesiapa yang mahu bekerja di syarikat miliknya. - Foto Agensi
A
A
A

NEW YORK - Seorang majikan di Amerika Syarikat (AS) dikritik banyak pihak selepas beliau mendakwa akan memecat mana-mana staf yang tidak mempunyai perut 'six-pack'.

Jurulatih jualan profesional dan juru jual kereta, Andy Elliott bertindak menetapkan syarat kecergasan minimum kepada sesiapa yang mahu bekerja di syarikat miliknya.

"Memiliki perut 'six-pack' adalah satu standard. Ada otot perut seperti itu atau anda dipecat," katanya dengan nada serius menerusi rakaman video yang dikongsi di Instagram.

Difahamkan, klip itu turut mengundang ejekan pengguna media sosial yang berpendapat ia sebagai syarat yang tidak munasabah.

"Saya berkhidmat bersama Marin selama 13 tahun yang terdiri daripada pasukan profesional yang lasak, pintar, mantap dari segi taktikal, kuat, setia, berani, dan dalam bentuk luar biasa seperti yang ditunjukkan dalam pertempuran.

"Tetapi, mereka tidak mempunyai 'six-pack'," ujar seorang pengguna di Instagram.

Seorang lagi pengguna berjenaka dengan menyindir, 'anda pelajar paling cemerlang di Harvard? Itu semestinya hebat, namun kami hanya mengambil pekerja yang memiliki 'six-pack'. - Agensi

Artikel Berkaitan: