Bursa Malaysia dibuka tinggi

A
A
A

BURSA Malaysia dibuka tinggi dalam dagangan awal pada Jumaat, mencerminkan pasaran global manakala pasaran serantau utama ditutup tinggi memanfaatkan prestasi Wall Street semalaman.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.09 mata kepada 1,531.47 daripada 1,528.38 pada Khamis.

Indeks barometer dibuka tinggi 2.30 mata kepada 1,530.68.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 190 berbanding 115 manakala 238 kaunter tidak berubah, 1,757 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 212.72 juta unit bernilai RM46.72 juta.

Ketua Penyelidikan Rakuten Trade, Kenny Yee berkata, FBM KLCI ditutup tidak berubah semalam berikutan aktiviti belian lewat, menunjukkan bursa tempatan disokong dengan baik pada paras semasa.

"Dalam memasuki tempoh pelaporan pendapatan, tanpa ragu sektor perbankan akan terus menunjukkan prestasi yang baik untuk 2023,” katanya dalam nota penyelidikan pada Jumaat.

Oleh itu, Yee menjangka indeks akan berada dalam julat 1,530 hingga 1,540 hari ini dengan penyertaan daripada segmen runcit yang meningkat seperti dapat dilihat daripada peningkatan jumlah dagangan harian.

Artikel Berkaitan:

Daripada kaunter saham wajaran tinggi perbankan, Maybank menambah tiga sen kepada RM9.43, Public Bank dan CIMB, masing-masing meningkat satu sen kepada RM4.40 dan RM6.37 dan Hong Leong Bank naik dua sen kepada RM19.40.

Bagi saham aktif, TWL tidak berubah pada 3.5 sen, Hong Seng naik setengah sen kepada 2.5 sen, Sarawak Cable meningkat 1.5 sen kepada 25 sen, Sarawak Consolidated menambah satu sen kepada 42 sen manakala Fitters dan MAG, masing-masing tidak berubah pada 4.5 sen dan 20 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 23.10 mata kepada 11,389.76, Indeks FBMT 100 meningkat 21.70 mata kepada 11,039.92, Indeks FBM 70 menambah 27.76 mata kepada 15,386.99, Indeks FBM Emas Shariah menokok 14.98 mata kepada 11,420.74, bagaimanapun Indeks FBM ACE berkurangan 6.75 mata kepada 4,889.80.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 44.21 mata kepada 17,186.06 manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan sebanyak 175.04.

Indeks Hartanah naik 3.80 mata kepada 925.2, Indeks Perladangan menambah 8.87 mata kepada 7,224.95 dan Indeks Tenaga meningkat 4.71 mata kepada 894.05. - Bernama