Bekas pengurus agensi kerajaan dijel dua tahun, denda RM85,000

Tertuduh (tengah) ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Khamis.
Tertuduh (tengah) ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Khamis.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Bekas pengurus agensi kerajaan dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM85,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis selepas didapati bersalah atas dakwaan salah guna kuasa.

Hakim Dazuki Ali membuat keputusan itu selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan tertuduh gagal dalam pendakwaan di bawah Seksyen 23 (2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh, Mohd Saiful Nizam Hussin, 43, didakwa menggunakan jawatannya dengan mencadangkan sebut harga High Rich Venture milik isterinya bagi mendapatkan kerja-kerja penambahbaikan sistem pemotongan untuk tujuan mempelbagaikan produk hasilan kilang jejari berjumlah RM17,000 pada Mac 2015.

Tertuduh (tengah) didapati bersalah atas dakwaan salah guna kuasa.
Tertuduh (tengah) didapati bersalah atas dakwaan salah guna kuasa.

Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh yang mewakili SPRM ketika prosiding berkata, kesalahan dilakukan tertuduh menunjukkan dia telah mengkhianati tugas dan kuasa yang diberikan kepadanya.

Katanya, peruntukan hukuman dalam seksyen berkenaan yang tiada tempoh penjara minimum juga jelas menggambarkan kesalahan yang dilakukan itu adalah serius.

"Mahkamah dipohon dalam menjatuhkan hukuman pertama perlu menilai fakta kes di mana tertuduh telah mencadangkan syarikat yang dia sendiri mempunyai kepentingan ke atasnya. Ia jelas buktikan tertuduh mahu suapan dari tindak-tanduknya.

"Mahkamah perlu mengambil kira kepentingan awam yang mengatasi kepentingan tertuduh sebagaimana diputuskan dalam kes undang-undang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman penjara ke atas tertuduh manakala penangguhan ke atas hukuman denda tidak dibenarkan.

Sekiranya tertuduh gagal membayar denda dia boleh dihukum enam bulan penjara.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh sementara tertuduh diwakili peguam, Mohd Asaari Salleh.