Bekas kakitangan IPTS disyaki seleweng RM1 juta direman SPRM

Seorang bekas penolong pegawai tadbir sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negeri ini direman tiga hari bermula Rabu bagi membantu siasatan kes penyelewengan wang institusi itu berjumlah RM1 juta antara 2022 hingga 2023.Gambar hiasan
Seorang bekas penolong pegawai tadbir sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negeri ini direman tiga hari bermula Rabu bagi membantu siasatan kes penyelewengan wang institusi itu berjumlah RM1 juta antara 2022 hingga 2023.Gambar hiasan
A
A
A

KANGAR - Seorang bekas penolong pegawai tadbir sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negeri ini direman tiga hari bermula Rabu bagi membantu siasatan kes penyelewengan wang institusi itu berjumlah RM1 juta antara 2022 hingga 2023.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret, Nurshahida Abdul Rahim sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Menurut sumber, lelaki berusia 33 tahun itu merupakan seorang daripada dua lelaki yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) secara berasingan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur dan Perlis, pada Selasa.

"Di antara tahun 2022 dan 2023, seorang suspek menggunakan jawatannya sebagai 'special officer' di sebuah IPTS di Perlis (disyaki) untuk memindahkan wang daripada akaun IPTS tersebut ke akaun bank miliknya dan akaun bank milik seorang lagi suspek yang juga kakitangan IPTS tersebut pada ketika itu yang berjumlah hampir RM1 juta bagi kepentingan mereka," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Suzeliyana Hashim mengesahkan penahanan berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: