Pesawat ringan terhempas: Waris masih tunggu proses bedah siasat

Waris kepada mangsa tragedi pesawat ringan terhempas di Kapar pada Selasa tiba di Jabatan Forensik HTAR Klang, dekat sini pada Rabu.
Waris kepada mangsa tragedi pesawat ringan terhempas di Kapar pada Selasa tiba di Jabatan Forensik HTAR Klang, dekat sini pada Rabu.
A
A
A

KLANG - Waris kepada mangsa tragedi pesawat ringan terhempas di Kapar pada Selasa tiba di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, dekat sini pada Rabu.

Kesemua waris mangsa yang hadir dikumpulkan di satu tempat menunggu dalam kawasan Jabatan Forensik sementara menunggu proses bedah siasat dijalankan.

Setakat jam 9 pagi, waris kedua-dua mangsa dibenarkan memasuki bangunan berkenaan sebelum beberapa individu dilihat keluar semula dan kemudian beredar pada jam 9.20 pagi.

Petugas media pula sudah berada di luar Jabatan Forensik HTAR seawal jam 7 pagi bagi melaporkan perkembangan terbaharu tragedi yang meragut dua nyawa itu.

Pada Selasa, polis mengenal-pasti identiti juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar dilaporkan berkata, mengikut senarai nama penumpang pesawat, mangsa yang terlibat adalah Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan Roshaan Singh Raina, 42.

Ujarnya, mangsa yang difahamkan berasal dari Johor dan Pulau Pinang ditemui sekitar jam 2 petang di dalam kokpit pesawat.

Terdahulu, Hussein mengesahkan juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat ringan terkorban dalam nahas berkenaan.

Artikel Berkaitan: