[VIDEO] Mayat juruterbang, pembantu juruterbang ditemukan dalam kokpit pesawat

A
A
A

KLANG - Mayat dua mangsa terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar di sini dibawa keluar dari lokasi nahas pada Selasa.

Mayat juruterbang dan pembantu juruterbang itu dibawa menggunakan pacuan empat roda milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekitar jam 8 malam.

Mayat kedua-dua mangsa itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk proses bedah siasat.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, identiti dua mangsa merupakan lelaki warga tempatan.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah(HTAR) untuk proses bedah siasat pada Selasa.
Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah(HTAR) untuk proses bedah siasat pada Selasa.

"Mangsa yang terlibat ialah Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan Roshaan Singh Raina, 42," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa ditemui dalam kokpit pesawat yang tertimbus sedalam dua meter di lokasi nahas terbabit.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, operasi mencari dan menyelamat di lokasi nahas tersebut digerakkan oleh sepasukan 150 anggota polis, bomba dan agensi berkaitan.

Sebelum ini, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menerusi kenyataan mengesahkan kejadian melibatkan sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel dengan nombor pendaftaran I-POOC.

Pada Selasa, sebuah pesawat ringan dilaporkan terhempas di Kampung Tok Muda, di sini.