Pesawat terhempas: Proses bedah siasat dilakukan esok

Keadaan di kawasan sekitar Jabatan Forensik, HTAR pada Selasa.
Keadaan di kawasan sekitar Jabatan Forensik, HTAR pada Selasa.
A
A
A

KLANG - Proses bedah siasat melibatkan mayat dua mangsa dalam nahas pesawat terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar dimaklumkan akan dilakukan esok (Rabu) jam 8 pagi.

Jurucakap Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) berkata, waris dan ahli keluarga mangsa difahamkan akan datang ke jabatan forensik pada Rabu bagi proses pengecaman mayat.

Pada Selasa, sebuah pesawat ringan dilaporkan terhempas di Kampung Tok Muda dekat sini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, mayat dua mangsa terlibat dalam nahas pesawat tersebut disahkan ditemui tertimbus.

Menurutnya, kedua-dua mangsa itu merupakan juruterbang dan pembantu juruterbang ditemui dalam kokpit pesawat.

Beliau berkata, bagaimanapun bahagian kokpit itu tertimbus sedalam dua meter di lokasi nahas terbabit.

Artikel Berkaitan: