JKKP-PETRONAS cipta nilai piawaian KKP

Kerjasama JKKP-PETRONAS telah memberi impak positif kepada sektor minyak dan gas merangkumi aspek keselamatan, perundangan serta penciptaan nilai.
Kerjasama JKKP-PETRONAS telah memberi impak positif kepada sektor minyak dan gas merangkumi aspek keselamatan, perundangan serta penciptaan nilai.
A
A
A

SHAH ALAM - JKKP atau nama penuhnya, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia merupakan sebuah jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang bertanggungjawab memastikan keselamatan, kesihatan, dan kebajikan pekerja selain melindungi orang lain dari bahaya-bahaya keselamatan serta kesihatan dalam aktiviti pelbagai sektor.

Dari segi fungsinya, JKKP terlibat dalam penyediaan piawaian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) serta penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Kilang dan Jentera 1967 dan sebahagian daripada Akta Petroleum (Langkah-langkah Keselamatan) 1984.

Pada masa yang sama, JKKP turut terlibat menjalankan promosi KKP selari dengan kepelbagaian perkembangan sektor pekerjaan dengan tujuan memastikan keselamatan, kesihatan, dan kebajikan pekerja sentiasa berada pada tahap yang memuaskan. Sektor pekerjaan tersebut merangkumi;

- Pengilangan.

- Perlombongan dan Pengkuarian.

- Pembinaan.

- Hotel dan Restoran.

- Pertanian, Perhutanan dan Perikanan.

Artikel Berkaitan:

- Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi.

- Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Berkanun.

- Kemudahan (Gas, Elektrik, Air dan Perkhidmatan Kebersihan).

- Kewangan, Insuran, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan.

- Perniagaan Borong dan Runcit.

Usaha itu dijelaskan oleh Ketua Pengarah JKKP, Ir Mohd Hatta Zakaria, yang mana Jabatan tersebut telah mencapai banyak kemajuan dalam memastikan aspek KKP dilaksanakan secara holistik di negara ini, terutamanya selepas Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2021-2025 (OSHMP25) dilancarkan pada Oktober 2021.

Menurutnya, OSHMP25 adalah langkah penting yang membawa kemajuan signifikan dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia.

Ir MOHD HATTA
Ir MOHD HATTA

“Pelan Induk ini (OSHMP25) ini dibangunkan sebagai kesinambungan hala tuju kerajaan bagi menyokong asas-asas negara ke arah High Income, Advance Technology,” katanya.

Antara kemajuan pelaksanaan OSHMP25;

- Pengurangan kadar kecederaan pekerjaan bagi setiap 1,000 pekerja daripada 3.31 pada tahun 2012 kepada 2.22 pada tahun 2022.

- Penurunan kadar kecederaan maut pekerjaan bagi setiap 100,000 pekerja daripada 4.64 pada tahun 2012 kepada 2.06 pada tahun 2022.

- Peningkatan aktif bilangan Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD) daripada 656 orang pada tahun 2012 kepada 1,112 orang pada tahun 2022.

Sumber: https://www.dosh.gov.my

Kemajuan ini menunjukkan keseriusan JKKP dalam mencapai tujuan untuk meningkatkan kualiti hidup bekerja selain mencipta budaya kerja yang selamat dan sihat di Malaysia.

Skim Pemeriksaan Khas JKKP-PETRONAS

Salah satu aktiviti penguatkuasaan undang-undang oleh JKKP adalah menjalankan pemeriksaan jentera di bawah Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Pemberitahuan, Perakuan Kelayakan dan Pemeriksaan) 1970. Setiap jentera perlu memiliki sijil perakuan kelayakan yang sah sebelum boleh dikendalikan. Sijil perakuan kelayakan ini perlu diperbaharui setiap 15 bulan. Bagi mendapatkan sijil perakuan kelayakan setiap jentera perlu melalui proses kelulusan rekabentuk serta ujian pemasangan.

Usaha JKKP mencipta budaya kerja selamat dan sihat dalam sektor pekerjaan di negara ini diperkemaskan dengan memperkenal Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Skim Pemeriksaan Khas) (Pemeriksaan Berasaskan Risiko) 2014 yang telah dikuatkuasakan pada 1 Jun 2014 yang mana penyertaan daripada industri adalah secara sukarela.

Secara prinsipnya, Peraturan SSI merupakan skim pemeriksaan khas berasaskan risiko yang membolehkan jentera memiliki sijil perakuan kelayakan yang sah sehingga 75 bulan.

Pelaksanaan skim pemeriksaan khas bersama syarikat minyak dan gas multinasional Malaysia, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) merupakan kesinambungan kerjasama persefahaman yang telah dimeterai pada 9 November 2011.

Kerjasama JKKP-PETRONAS telah membawa impak positif dalam sektor minyak dan gas dari segi aspek keselamatan, pematuhan perundangan serta penciptaan nilai dalam sektor itu.

Pada asasnya, kerjasama itu bermula dengan penggunaan Sistem ‘PRBI DOSH Module’ bagi tujuan lanjutan tempoh Sijil Perakuan Kelayakan (CF) yang dibuat menerusi dalam talian (online) oleh PETRONAS.

Sejajar dengan Peraturan SSI, PETRONAS telah menambah sub-modul untuk CF SSI dalam Sistem ‘PRBI DOSH Module’ pada 2015 sekali gus memperkemaskan pemprosesan semua permohonan secara dalam talian melalui ‘SSI Online Module’.

Bagi membincangkan serta menyelaraskan isu-isu berkaitan dengan Peraturan SSI dan sistem ‘PRBI DOSH Module’, JKKP-PETRONAS telah menubuhkan satu jawatankuasa kerja bersama PETRONAS-DOSH Special Scheme Inspection Working Committee (PDSSIWC) pada tahun 2016 bagi membincangkan aspek perundangan, pematuhan serta perlaksanaan Peraturan CF SSI.

Jawatankuasa ini, dianggotai wakil-wakil dari Bahagian Keselamatan Petroleum (PSD) JKKP dan Bahagian Perlaksanaan Projek Dan Teknologi (PDT) PETRONAS.

Penciptaan nilai

Sehingga tahun 2023, sebanyak 69 Skim Pemeriksaan Khas telah diluluskan kepada loji pemprosesan PETRONAS.

Keberhasilan pelaksanaan Peraturan CF SSI di PETRONAS telah menciptakan nilai (value creation) yang ketara membolehkan loji-loji ini mengoptimumkan selang masa serta skop pemberhentian operasi, mengurangkan risiko keselamatan semasa pemberhentian loji untuk pemeriksaan dan penyelenggaraan, serta meningkatkan prestasi integriti peralatan dan loji.

Manfaat kepada industri

Kerjasama JKKP-PETRONAS bukan sahaja memberi manfaat kepada industri minyak dan gas, tetapi berjaya membuka peluang bagi pemain industri lain dalam pemantapan pelaksanaan KKP di negara ini.

Kejayaan PDSSIWC menghasilkan Guidelines for The Factories and Machinery Special Scheme of Inspection (SSI) (Risk Based Inspection) Regulation 2014 2nd Revision, 2022 memberi manfaat dan dapat digunakan oleh semua industri yang berminat memohon SSI.

Malah, SSI turut menciptakan peluang pekerjaan kepada industri lain, termasuk syarikat penyedia perkhidmatan pemeriksaan tanpa musnah (NDT), perunding perisian pemeriksaan berasaskan risiko serta syarikat yang terlibat dalam perkhidmatan pemeriksaan jentera.

Secara tidak langsung, ini turut memberi dorongan kepada peningkatan kemahiran dan pengetahuan pekerja di dalam industri berkaitan.

Dengan demikian, kerjasama JKKP-PETRONAS bukan hanya mencapai keberhasilan dalam pematuhan peraturan, tetapi juga membuka pintu kepada perkongsian nilai dan kemajuan bersama dalam sektor industri yang lebih luas.