X

Kindly register in order to view this article
!

BR25, inspirasi Bank Rakyat hadapi cabaran transformasi

Mohd Redzuan bergambar selepas merasmikan pelancaran Perjalanan Baharu Bank Rakyat Dalam Memacu Kelestarian di lobi Menara Bank Rakyat semalam. - Foto Bank Rakyat
A
A

BANK Rakyat mengukuhkan jenama sebagai Bank Lestari dengan membawakan visi baharu 'Untuk Komuniti, Negara dan Planet'.

Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Noripah Kamso berkata, inisiatif itu antara matlamat di bawah pelan lima tahun hala tuju Bank Rakyat 2025 (BR25) untuk kekal relevan dan mencapai kemajuan disasarkan.

Menurutnya, tumpuan perjalanan baharu itu sebagai mempersiapkan Bank Rakyat menghadapi cabaran transformasi dalam landskap kewangan Islam selari dengan sistem kewangan global.

"Bank Rakyat akan membawa 'ekosistem global' yang unik dibantu sumber kewangan kukuh dengan misi jelas sebagai tunjang memacu pengiktirafan global.

"Bagi tujuan itu Bank Rakyat bersama pakar perunding telah mengadakan lebih 300 sesi perbincangan untuk membangunkan satu program pelaksanaan yang diterjemah kepada enam blueprints," katanya selepas pelancaran Perjalanan Baharu Bank Rakyat Dalam Memacu Kelestarian di lobi Menara Bank Rakyat semalam.

Mohd Redzuan (dua dari kanan) dan Noripah (dua dari kiri) menyempurnakan gimik perasmian pelancaran Perjalanan Baharu Bank Rakyat Dalam Memacu Kelestarian di lobi Menara Bank Rakyat semalam. - Foto Bank Rakyat
Mohd Redzuan (dua dari kanan) dan Noripah (dua dari kiri) menyempurnakan gimik perasmian pelancaran Perjalanan Baharu Bank Rakyat Dalam Memacu Kelestarian di lobi Menara Bank Rakyat semalam. - Foto Bank Rakyat

Pelancarannya disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Noripah berkata, enam blueprints yang menjadi kunci BR25 adalah digilitalisasi (digitalization), kepuasan pelanggan (great customer experience), modal insan (human capital), SME Value Creation Centre, kelestarian dan kepimpinan syariah (syariah leadership).

"Pada masa hadapan, bank yang memberikan kemudahan kepada generasi milenium dan generasi X akan terus kekal relevan. Kumpulan ini akan melakukan transaksi perbankan di mana-mana lokasi sahaja tapi bukan di bank.

"Sebagai menghadapi era digitalisasi, Bank Rakyat akan memanfaatkan teknologi bagi memahami keperluan generasi muda. Ia diperhebat dengan kerjasama syarikat teknologi tahun ini," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!