'Rakyat beruntung, Kerajaan Perpaduan utama rakyat' - Mujahid

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof. Foto Sinar Harian, ROSLI TALIB.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof. Foto Sinar Harian, ROSLI TALIB.
A
A
A

SHAH ALAM - Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 pada Ahad menyaksikan kesepaduan 19 parti politik seperti awan cerah yang akan mengiringi negara ke hadapan, kata Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata, ia telah mencetuskan satu harapan baharu yang mampu membawa Malaysia ke tahap pemulihan yang lebih dinamik dan kompetitif.

Jelasnya, jika sebelum ini desakan kestabilan berlatarkan pasca konflik kebencian kaum namun kini latar tercetus keperluan stabiliti adalah pemulihan negara dari kelumpuhan akibat implikasi covid-19

"Walaupun terdapat kejutan krisis yang telah mengundang awan mendung sekali gus menyelubungi negara namun tugas kepimpinan adalah untuk menghembuskan angin harapan dan melakarkan awan cerah dari kesegaran matahari menyinar.

"Semalam bukan sekadar perhimpunan, para pemerhati politik dan rakyat perlu tahu bahawa kesemua 19 parti ini telah membuktikan satu prinsip abadi yang menjamin kebangkitan negara bangsa, iaitu 'Negara Dahulu' atau 'Nation First'.

"Rakyat sangat beruntung kerana parti politik ini akur kepada kehendak rakyat agar membuang ego dan fokus menangani derita rakyat. Kestabilan itu telah dibentuk semalam dan ia adalah satu komitmen untuk cetusan kesegaran baharu politik tanah air," katanya menerusi Facebook pada Isnin.

Bagaimanapun tambah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak itu, cabaran kepada Kerajaan Perpaduan adalah untuk memenuhi harapan kepada rakyat iaitu pentadbiran yang berintegriti.

Ujarnya, selain meringankan derita rakyat dan menangani kebencian kaum dan agama yang senantiasa menjadi virus kepada kesepaduan yang dicitakan.

"Suara-suara sumbang yang masih memainkan muzik lama perkauman dan kebencian akan tetap istiqamah dengan jalan mereka.

"Biarkan sahaja mereka menjadi suara-suara sumbang yang menghimpunkan mereka atas kepentingan sendiri dan masih di takuk lama," kata beliau.

Menurut Mujahid, apa yang selama ini dianggap mustahil telah dibuktikan sebaliknya di mana kerana dapat menyaksikan jiwa-jiwa besar pemimpin berhimpun.

Beliau juga yakin era pemulihan yang hakiki akan terlaksana dengan kestabilan yang dipaparkan pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan.

ARTIKEL BERKAITAN:Anwar yakin Kerajaan Perpaduan kekal hingga PRU16

ARTIKEL BERKAITAN:Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan isyarat baik buat Muda

ARTIKEL BERKAITAN:Kerajaan Perpaduan: Terima kasih Ahmad Zahid, Abang Jo - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN:Tiada pimpinan Kerajaan Perpaduan terlibat rasuah - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN:'Konvensyen jadi sejarah baharu, mampu kukuh dan stabilkan negara'

ARTIKEL BERKAITAN:Anwar akan undang KM Sabah, MB Kelantan cari penyelesaian isu air

ARTIKEL BERKAITAN:Konvensyen Nasional bukti Kerajaan Perpaduan stabil, kuat - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas 25 tahun, suara Anwar kembali bergema di Dewan Merdeka

ARTIKEL BERKAITAN:Tukar slogan ‘dulu lawan, sekarang kawan’

ARTIKEL BERKAITAN:UMNO dalam Kerajaan Perpaduan bukan 'kahwin paksa' - Akmal

ARTIKEL BERKAITAN:‘Bersama Demi Malaysia’ angkat detik pembentukan Kerajaan Madani

ARTIKEL BERKAITAN:Hampir 10,000 hadir konvensyen, lambang manifestasi kestabilan

ARTIKEL BERKAITAN:'Jangan tanam lagi kebencian' - Zambry

ARTIKEL BERKAITAN:Tak sangka kena berucap di WTC, Anthony akui gugup

ARTIKEL BERKAITAN:Pemimpin gagal penuhi keperluan rakyat tidak akan kekal

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!