Mahathir seru negara Islam bersatu

Mahathir Mohamad
Mahathir Mohamad
A
A
A

PUTRAJAYA - Sudah tiba masanya negara Islam bersatu bagi berdepan dengan kuasa besar yang menceroboh kedaulatan undang-undang negara lain.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tindakan di mana sebuah negara membuat keputusan sendiri untuk membunuh pemimpin negara lain di tempat lain adalah tindakan tidak bermoral.

"Pembunuhan Jeneral Iran, Qasem Soleimani minggu lalu merupakan jenayah rentas sempadan sama seperti nasib wartawan The Washington Post, Jamal Khashoggi.

"Kedua-dua perbuatan ini tidak bermoral. Ia bertentangan dengan undang-undang," katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) siri 11 kali pertama tahun ini di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah Soleimani tiba di Iran

Soleimani dibunuh untuk 'hentikan peperangan', kata Trump

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan, pembunuhan Soleimani yang didalangi oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam serangan dron AS di Baghdad pada Jumaat lalu akan meningkatkan aktiviti keganasan.

"Jadi jika anda nampak keganasan meningkat, itu mungkin boleh berlaku,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Mahathir berkata, situasi dunia pada masa kini sangat membimbangkan.

"Kita tidak lagi selamat sekarang. Sekiranya ada orang yang menghina atau mengatakan tidak sukakan seseorang, dia boleh menghantar dron dan mungkin menembak," katanya.