Langgar cermin sisi: Penunggang motosikal, pemandu kereta diminta buat laporan

Video tular memaparkan penunggang motosikal disyaki melanggar cermin sisi sebuah motosikal.
Video tular memaparkan penunggang motosikal disyaki melanggar cermin sisi sebuah motosikal.
A
A
A

GOMBAK - Polis meminta pemandu kereta dan penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 437.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini sehingga tular di media sosial, tampil membuat laporan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Abang Kaderi Abang Wasli berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video berdurasi seminit dimuat naik di media sosial yang memaparkan kemalangan itu pada jam 6.30 petang Ahad.

"Hasil siasatan awal mendapati, sebuah kereta dipandu di lorong kecemasan dan menggunakan ‘smartlane’ yang telah diaktifkan.

"Sebuah motosikal dari arah belakang dipercayai telah melanggar cermin sisi kanan kereta berkenaan, namun penunggangnya tidak berhenti dan beredar sejurus kemalangan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Mazlan Mohd Arifin di talian 012-4551413 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat polis Daerah Gombak di talian 03-61262222," katanya.

Artikel Berkaitan: