Enam unit rumah di Flat Sri Sabah terbakar

Sebanyak enam unit rumah di blok 70 Flat Seri Sabah, di sini terbakar pada Ahad.
Sebanyak enam unit rumah di blok 70 Flat Seri Sabah, di sini terbakar pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sebanyak enam unit rumah di tingkat 17, blok 70 Flat Sri Sabah, di sini terbakar pada Ahad.

Bagaimanapun, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 9.30 malam itu dapat dikawal Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) pada jam 11.30 malam.

Tindakan sepasukan anggota JBPM Kuala Lumpur itu juga berjaya mengelak kebakaran daripada terus merebak ke unit rumah lain.

Setakat ini, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tersebut.

Pasukan penyelamat berjaya mengawal kebakaran sekali gus mengelak daripada terus merebak ke unit rumah lain.
Pasukan penyelamat berjaya mengawal kebakaran sekali gus mengelak daripada terus merebak ke unit rumah lain.

Sementara itu, anggota operasi dilihat masih menjalankan kerja-kerja overhaul setakat jam 11.30 malam.

Insiden kebakaran itu turut dirakam oleh beberapa penduduk di flat terbabit.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, pihak bomba berdepan sedikit kesulitan untuk memadam kebakaran apabila beberapa individu meletakkan kenderaan di bahu jalan.

Keadaan itu memaksa pasukan penyelamat meminta bantuan trak tunda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi menunda keluar kenderaan yang menghalang jalan bagi membuka laluan kepada jentera bomba.