Martabat Mahkamah Syariah: Ahli Parlimen digesa bawa usul pinda Perlembagaan

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda UMNO menggesa ahli Parlimen sama ada kerajaan atau pembangkang membawa usul meminda Perlembagaan untuk memartabatkan dan memperkasakan Mahkamah Syariah.

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, usul tersebut diyakini akan mendapat sokongan oleh ahli-ahli Parlimen terutama yang beragama Islam dan bangsa Melayu.

“Sudah tiba masanya Mahkamah Syariah perlu diletakkan sebaris dengan Mahkamah Sivil.

“Seperti mana sebelum penjajahan British Tanah Melayu ini sudah mempunyai Kanun Melaka, undang-undang bertulis Terengganu dan undang-undang 99 Perak yang menjadikan Islam sebagai sumber rujukan pertama untuk membuat undang-undang.

“Dan kami mohon agar ahli Parlimen dari kerajaan mahupun pembangkang boleh membawa usul meminda Perlembagaan untuk memartabatkan dan memperkasakan Mahkamah syariah,” katanya dalam siaran di Facebook pada Ahad.

Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pada Jumaat mengisytiharkan 16 daripada 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah.

Panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan demikian selepas membenarkan petisyen peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman selaku pempetisyen bagi mencabar 18 peruntukan enakmen tersebut.

Artikel Berkaitan: