Isu pentadbiran negeri, jangan campur anak beranak –Ahmad Zahid

Ahmad Zahid (tengah) pada Mesyuarat Penyelarasan Antara Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Dengan Exco Luar Bandar di Pusat Persidangan Desaru Coast pada Rabu.
Ahmad Zahid (tengah) pada Mesyuarat Penyelarasan Antara Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Dengan Exco Luar Bandar di Pusat Persidangan Desaru Coast pada Rabu.
A
A
A

KOTA TINGGI - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas tindakan anak Datuk Ismail Lasim mencampuri isu Menteri Besar Negeri Sembilan susulan kenyataan yang dikeluarkan.

Timbalan Perdana itu berkata, isu berkenaan sepatutnya dilihat perkara membabitkan pentadbiran negeri dan bukannya dikaitkan dengan hubungan antara bapa dan anak.

“Itu jadi masalah! Ini isu pentadbiran negeri, anak beranak campur ni apa hal?

“Ini soal Menteri Besar, bukan soal bapanya Ismail Lassim,” katanya pada sidang media ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Ahli-Ahli Exco Portfolio Luar Bandar (MAX Club) di Desaru di sini pada Rabu.

Anak Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim mempersoalkan tindakan Barisan Nasional (BN) mengeluarkan kenyataan mengenai peletakan jawatan bapanya.

Naim Ismail menerusi Instagram membangkitkan persoalan sama ada keputusan peletakan jawatan itu dibuat sendiri bapanya yang juga ADUN Juasseh.

"Siapa yang keluarkan kenyataan mahu meletakkan jawatan? Adakah tuan sendiri yang membuat kenyataan tersebut? Kalau bukan, atas dasar apa parti tampil mengeluarkan kenyataan media?" soalnya.

Beliau turut meluahkan kekesalan kerana bapanya didakwa sudah mematuhi setiap arahan parti, namun akhirnya seolah-olah dijadikan kambing hitam dalam kemelut yang melanda Negeri Sembilan.

Pada Isnin, media melaporkan Datuk Ismail Lasim dilaporkan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan menerusi surat peletakan jawatan yang diutuskan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkuat kuasa pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO telah menerima salinan surat peletakan jawatan itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!