Mualaf rajin kemas surau, mengaji Iqra maut kemalangan

Perkongsian Syahril di Facebook kini tular di media sosial yang meraih 2,200 tanda sedih dan 320 warga maya telah berkongsi kisah menyayat hati ini.
Perkongsian Syahril di Facebook kini tular di media sosial yang meraih 2,200 tanda sedih dan 320 warga maya telah berkongsi kisah menyayat hati ini.
A
A
A
DAMANSARA - Seorang pemuda mualaf meninggal dunia tengah malam, semalam akibat kemalangan jalan raya di Damansara Damai, di sini, mengundang sebak dalam kalangan warga maya.

Kisah mengenai pemuda tersebut, Muhammad Omar Arumugam, 28, atau lebih dikenali sebagai Dono dikongsikan oleh Syahril A Kadir di laman Facebooknya sejurus kehilangan pemuda tersebut.

Syahril berkata, beliau mengenali Dono ketika arwah masih belasan tahun dan merupakan jiran kepada pemuda mualaf terbabit, selain menyifatkan pemuda itu sering datang ke surau sebelum dirinya memeluk Islam.

Bagaimanapun siapa sangka, akhirnya pemuda berusia 28 tahun itu memperoleh hidayah dengan mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam dan tetap membuat jasa terhadap keluarganya walaupun berbeza pandangan dan agama.

"Walaupun bukan beragama Islam pada awalnya, Dono sering datang ke surau kalau ada aktiviti seperti gotong royong, membersihkan surau dan sebagainya. Dari situ pintu hatinya terbuka untuk lebih mengenali agama suci ini dan kemuncaknya beliau memeluk agama Islam.

"Pun begitu, seperti mana dituntut oleh Islam, Dono tidak pernah 'membuang' keluarganya walaupun berbeza fahaman dan pendirian. Dia tetap bersama keluarga bukan Islamnya," katanya.

Muhammad Omar maut tengah malam semalam selepas maut akibat kemalangan.
Muhammad Omar maut tengah malam semalam selepas maut akibat kemalangan.



Katanya, Dono akan mencari ruang dan meluangkan masa untuk menuntut ilmu dengan mempelajari asas al Quran bersama rakan-rakan setelah menyedari kurang ilmu agamanya.

"Kini yang tinggal adalah buku Iqra' Dono dan kenangan bersamanya. Semoga ALLAH mengampunkan dosanya dan menempatkannya di syurga tanpa hisab. Saya hilang kata-kata. Selamat jalan adikku," katanya.

Artikel Berkaitan:


Dalam pada itu, perkongsian Syahril di Facebook itu tular semalam di media sosial yang meraih 2,200 tanda sedih dan 320 warga maya berkongsi kisah menyayat hati.

Rata-rata netizen sebak dan sedih atas kehilangan Dono dan mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

"Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah," tulis Cik Ramlah Jais.