Ratusan hadir Himpunan Selamatkan Syariah

Orang ramai yang hadir pada Himpunan Selamatkan Syariah di perkarangan Kompleks Perbadanan Putrajaya (PPj) pada Jumaat.
Orang ramai yang hadir pada Himpunan Selamatkan Syariah di perkarangan Kompleks Perbadanan Putrajaya (PPj) pada Jumaat.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Ratusan penyokong Perikatan Nasional (PN) dan orang awam menyertai solat hajat Himpunan Selamatkan Syariah di perkarangan Kompleks Perbadanan Putrajaya (PPj) pada Jumaat.

Mereka hadir seawal jam 7.30 pagi dan kemudiannya menunaikan solat hajat pada jam 9 pagi.

Antara pemimpin PN yang menyertai solat hajat ini ialah bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad.

Pemimpin lain yang turut hadir ialah Naib Presiden Bersatu, Datuk Mohd Radzi Jidin; Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari dan Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!