RM228.2 juta harta diselamatkan daripada kebakaran di Pahang

Wan Mohammad Zaidi (tiga, kiri) menyampaikan sijil kepada wakil bomba komuniti pada Majlis Kempen Ops Selamat Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2024 bertempat di Pasaraya Lotus’s Indera Mahkota pada Rabu.
Wan Mohammad Zaidi (tiga, kiri) menyampaikan sijil kepada wakil bomba komuniti pada Majlis Kempen Ops Selamat Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2024 bertempat di Pasaraya Lotus’s Indera Mahkota pada Rabu.
A
A
A

KUANTAN - Sejumlah RM228.2 juta harta berjaya diselamatkan daripada kebakaran sepanjang tahun lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Datuk Ir Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, berbanding tahun 2022, harta yang diselamatkan dianggarkan RM453.6 juta.

"Jumlah taksiran kerugian akibat kebakaran pula direkodkan sebanyak RM51.2 juta berbanding RM35.8 juta pada 2022.

"Alhamdulillah, kejadian kebakaran membabitkan kehilangan harta benda dapat dikurangkan disebabkan banyak pendedahan dari segi pencegahan dilakukan oleh pihak kita, tapi untuk kenderaan banyak berlaku (kebakaran)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Kempen Ops Selamat Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2024 bertempat di Pasaraya Lotus’s Indera Mahkota pada Rabu.

Beliau memberitahu, JBPM Pahang merekodkan sebanyak 1,756 panggilan kes kebakaran diterima di negeri ini sepanjang tahun lalu.

Wan Mohammad Zaidi
Wan Mohammad Zaidi

Jelasnya, sebanyak 1,302 kes pada 2022 dan berlaku peningkatan sebanyak 454 kes atau 25.8 peratus.

Artikel Berkaitan:

"Daripada jumlah tersebut, 185 kes adalah kes kebakaran struktur, 260 kes kebakaran kenderaan, dan kes kebakaran terbuka pula 720 kes.

“Pada 2023 juga, sebanyak lapan kematian akibat kebakaran dicatatkan lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak lima kematian," ujarnya

Mengulas lanjut berkenaan program, Wan Mohammad Zaidi berkata, pihak bomba sentiasa bersiap siaga sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina.

Jelasnya, ini bagi memastikan bahaya kebakaran yang wujud di premis dapat dihapuskan oleh pihaknya.

"Kita akan memfokuskan kepada premis yang menjadi tumpuan kepada orang ramai," katanya.

Tambahnya lagi, di musim perayaan ini, JBPM telah menempatkan anggotanya di tiga lokasi sepanjang Lebuhraya Pantai Timur (LPT) iaitu di Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Gambang, RnR Genting Sempah dan RnR Temerloh.

“Ini supaya apa bila berlaku kemalangan, bomba dapat bertindak dengan cepat menuju ke lokasi kejadian,” katanya.