Banjir: 7 sekeluarga di Kampung Sri Tanjong berjaya diselamatkan

Kejadian banjir yang berlaku di Kampung Sri Tanjong, Dengkil, Selangor. - Foto: JBPM Negeri Selangor.
Kejadian banjir yang berlaku di Kampung Sri Tanjong, Dengkil, Selangor. - Foto: JBPM Negeri Selangor.
A
A
A

DENGKIL - Tindakan pantas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menyelamatkan tujuh sekeluarga dalam kejadian banjir di Batu 31, Kampung Sri Tanjong, dekat sini pada Isnin.

Pengarah JBPM Negeri Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.36 petang dan tiba di tempat kejadian jam 6.04 petang.

Anggota JBPM berjaya menyelamatkan tujuh sekeluarga yang terperangkap dalam kejadian banjir di Kampung Sri Tanjong, Dengkil, pada Isnin. - Foto: JBPM Negeri Selangor.
Anggota JBPM berjaya menyelamatkan tujuh sekeluarga yang terperangkap dalam kejadian banjir di Kampung Sri Tanjong, Dengkil, pada Isnin. - Foto: JBPM Negeri Selangor.

Beliau berkata, khidmat khas banjir itu melibatkan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya dan BBP Dengkil.

"Kedalaman banjir di Batu 31, Kampung Sri Tanjong ini dianggarkan sedalam satu meter.

"Satu keluarga terdiri daripada tujuh ahli keluarga berjaya diselamatkan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Wan Md Razali berkata, kesemua mangsa dipindahkan ke tempat selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Artikel Berkaitan:

Tujuh sekeluarga yang terperangkap dalam kejadian banjir di Kampung Sri Tanjong, Dengkil, berjaya diselamatkan. - Foto: JBPM Negeri Selangor.
Tujuh sekeluarga yang terperangkap dalam kejadian banjir di Kampung Sri Tanjong, Dengkil, berjaya diselamatkan. - Foto: JBPM Negeri Selangor.