Doktor rawat Taib Mahmud di rumah - Abang Johari

Abang Johari. Foto Bernama
Abang Johari. Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud kini sedang menerima rawatan di kediaman peribadinya di sini, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Katanya, Abdul Taib kini dirawat oleh doktor serta jururawat daripada Pusat Pakar Perubatan Normah.

"Beliau (Abdul Taib) masih dalam rawatan di rumah, ada jururawat dan juga doktor daripada Normah yang ditugaskan untuk menjaga beliau.

"Saya sendiri belum lagi menerima laporan mengenai keadaan kesihatan beliau, untuk maklumat lebih lanjut itu perlu tanya doktor yang merawat, saya sendiri belum berjumpa dengan beliau,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Sarawak 2024 di sini pada Rabu.

Hari ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, dakwaan bahawa Abdul Taib dilarikan adalah tidak benar.

Beliau berkata, hal ini kerana keberadaan Abdul Taib diketahui ahli keluarga, adik-beradik, peguam dan doktor serta jururawat yang merawat beliau di hospital.

Pada Isnin lepas, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata dilapor telah menerima laporan tentang kejadian yang mendakwa Abdul Taib dibawa keluar dari sebuah hospital swasta. - Bernama.

Artikel Berkaitan: