Perkongsian Lisa Surihani beri inspirasi

Lisa akui dirinya masih berusaha memperbaiki bacaan al-Quran.
Lisa akui dirinya masih berusaha memperbaiki bacaan al-Quran.
A
A
A

PELAKON dan pengacara Datin Lisa Surihani Mohamed mengakui dirinya masih berusaha memperbaiki bacaan al-Quran.

Dedah Lisa, 37, menerusi perkongsian di Instagramnya, beliau sebelum ini beberapa kali menolak tawaran Astro untuk menyertai rancangan tadarus al-Quran ekoran tidak yakin dengan bacaan tajwid dan sebagainya.

Bagaimanapun dalam masa sama, isteri kepada pengarah dan penyanyi, Datuk Yusry Abdul Halim itu sentiasa berusaha memperbaiki 'hubungan' dengan al-Quran menerusi kelas mengaji secara peribadi dan sebagainya.

"Sementara itu, dengan rendah diri ini, saya pasang niat supaya hubungan saya dengan al-Quran diperbaiki lagi dan lagi. Dengan izin ALLAH, saya cuba sertai kumpulan tadarus bersama qariah kawasan perumahan, mengaji atas talian, sertai kelas tajwid dan kelas tadabbur.

"SubhanAllah, sukar memang sukar, dengan pelat R lagi. Syukur Alhamdulillah, saya dikelilingi keluarga dan sahabat rapat yang banyak memberi dorongan," katanya.

Justeru apabila sekali lagi dipelawa menyertai program terbitan Astro Oasis, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini mengambil langkah berani untutk menerima.

Lisa Surihani
Lisa Surihani

Malah Lisa juga berharap, penglibatannya itu akan membuka pintu hati mereka yang masih berjuang untuk menjadikan al-Quran sebagai 'kawan baik'.

Artikel Berkaitan:

"Bila dijemput untuk sertai Jom Khatam (siaran Ramadan di Astro Oasis) tahun ini, saya berdoa kepada ALLAH SWT. Pasangkan niat dengan betul. Anggap ia satu kelas mengaji, di mana bacaan kita dipantau qari dan qariah dan betulkan mana-mana yang tersilap.

"Untuk mereka yang masih berjuang seperti saya untuk menjadikan al-Quran sebagai kawan baik, doa saya: Ya ALLAH, bukakanlah pintu ruang dan peluang itu untuk mereka dan permudah usaha mereka," tulisnya.

Lisa juga turut mengingatkan agar mana-mana individu yang masih memperbaiki diri dan bacaan agar tidak mempedulikan tanggapan negatif orang lain.

"Tidak perlu fikirkan apa agaknya tanggapan mereka di luar sana yang mungkin kurang positif, tetapi buatlah perlahan-lahan kerana ALLAH SWT," ujarnya yang berterima kasih kepada suami yang banyak memberi sokongan dan galakan.

Perkongsian Lisa itu telah memberi inspirasi kepada ramai termasuk rakan selebriti yang berharap dapat mengikut jejaknya suatu hari nanti.