Hulu Kelang perintis pembangunan Bandar Pintar di Ampang Jaya

Amirudin (dua dari kanan) turut diberikan penerangan mengenai teknologi yang digunakan. Foto Facebook Amirudin Shari
Amirudin (dua dari kanan) turut diberikan penerangan mengenai teknologi yang digunakan. Foto Facebook Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - CelcomDigi Bhd dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bekerjasama melaksanakan projek rintis pembangunan Bandar Pintar Ampang Jaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, kerjasama dua pihak itu akan meneroka serta menyediakan penyelesaian teknologi 5G dan infrastruktur gentian bagi membina satu ekosistem bandar pintar.

"Saya telah menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Majlis Perbandaran Ampang Jaya bersama CelcomDigi Berhad bagi pelaksanaan projek bandar pintar.

"Insya-ALLAH kerjasama ini membolehkan perkhidmatan teknologi 5G disediakan di sekitar kawasan Hulu Kelang yang bakal membina satu ekosistem bandar pintar bagi meningkatkan kualiti hidup penduduk dan pertumbuhan perniagaan di kawasan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Rabu.

Amirudin (tengah) menyaksikan majlis menandatangani MoU di antara Majlis Perbandaran Ampang Jaya bersama CelcomDigi Berhad. Foto Facebook Amirudin Shari
Amirudin (tengah) menyaksikan majlis menandatangani MoU di antara Majlis Perbandaran Ampang Jaya bersama CelcomDigi Berhad. Foto Facebook Amirudin Shari

Memorandum Persefahaman (MoU) selama 10 tahun yang dimeterai kedua-dua entiti itu juga dijangka dapat mempertingkatkan kualiti hidup penduduk dan pertumbuhan perniagaan di kawasan berkenaan.

Menteri Besar berkata, Ini adalah sebagai satu ‘pilot project’ ataupun projek perintis di mana akan diteruskan di bandar-bandar lain di Selangor selaras hasrat menuju Negeri Pintar 2025.

Terdahulu Amirudin turut merasmikan Pusat Konvensyen MPAJ dilengkapi pelbagai kemudahan seperti dewan, surau dan sebagainya.

Artikel Berkaitan:

Kemudahan itu ditambah nilai dengan pembinaan taman awam yang berkonsepkan ‘Taman Hijau Dalam Bandar’ untuk kemudahan penduduk tempatan.

"Tahniah saya ucapkan kepada MPAJ diatas usaha-usaha untuk meningkatkan taraf hidup penduduk bagi mewujudkan Ampang Jaya sebagai bandar berdaya huni dan pintar," tambahnya.