Iran pening kepala pilih kesebelasan utama

Mehdi Taremi sebelum ini terlepas aksi suku akhir menentang Jepun gara-gara dibuang pada ketika berdepan Syria di pusingan kalah mati. Foto Agensi
Mehdi Taremi sebelum ini terlepas aksi suku akhir menentang Jepun gara-gara dibuang pada ketika berdepan Syria di pusingan kalah mati. Foto Agensi
A
A
A

IRAN mempunyai apa yang diperlukan untuk mengalahkan juara bertahan Qatar, apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam separuh akhir Piala Asia pada Rabu (11 malam waktu Malaysia) tetapi pasukan itu berdepan dilema pemilihan kesebelasan utama.

Team Melli sebelum ini mempamerkan aksi tidak konsisten dalam saingan peringkat kumpulan dan kalah mati.

Situasi itu mungkin berbahaya dalam perlawanan penting menentang Qatar, dengan Iran berpeluang mara ke final buat kali pertama dalam tempoh 48 tahun.

Iran menewaskan Palestin 4-1 tetapi memperoleh kemenangan 1-0 ke atas Hong Kong dalam Kumpulan C.

Skuad kendalian Amir Ghalenoei juga mempamerkan aksi hebat menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di peringkat kumpulan, menjinakkan pasukan itu 2-1 tetapi terpaksa menewaskan Syria dalam penentuan sepakan penalti di peringkat kalah mati.

Di suku akhir pula, Iran mempamerkan semangat juang tinggi apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menyingkirkan juara empat kali, Jepun dengan kemenangan 2-1

“Pada pendapat saya, Iran mempunyai senjata untuk menundukkan tuan rumah dan juara bertahan Qatar tetapi saya percaya Amir (Ghalenoei) berdepan dilema untuk meletakkan siapa yang bakal mengetuai jentera serangan Iran.

“Ini kerana pengganti penyerang utama, Mehdi Taremi dan Ehsan Hajisafi iaitu Mohammad Mohebbi serta Milad Mohammadi beraksi cukup baik ketika menentang Jepun,” kata kolumnis Tehran Times, Masoud Hossein.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Masoud berkata, dalam perlawanan menentang Jepun, Amir terpaksa menukar barisan pemain dan ia antara punca Iran menang perlawanan itu.

“Mohammad dan Milad membalas kepercayaannya. Dia kini perlu memilih barisan terbaik untuk perlawanan menentang Qatar.

“Tetapi saya percaya Amir berdepan dilema pemilihan menjelang perlawanan kerana dia mungkin akan memilih Mehdi dan Ehsan dalam senarai utama,” katanya.