Terlepas emas jika kemenangan separuh akhir pertama tak batal - Shah Firdaus

Pada penentuan pingat gangsa, Shah Fridaus beraksi cemerlang untuk menewaskan pelumba tuan rumah, Xue Chenxi, 2-0, untuk meraih pingat sulungnya pada temasya Sukan Asia. - Foto Majlis Sukan Negara
Pada penentuan pingat gangsa, Shah Fridaus beraksi cemerlang untuk menewaskan pelumba tuan rumah, Xue Chenxi, 2-0, untuk meraih pingat sulungnya pada temasya Sukan Asia. - Foto Majlis Sukan Negara
A
A
A

PELUMBA berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom percaya beliau boleh mencabar pingat emas Sukan Asia Hangzhou 2022 jika kemenangan terhadap wakil tuan rumah, Zhou Yu, pada saringan pertama separuh akhir acara pecut individu tidak dibatalkan.

Pada saingan di Velodrom Chunán Jeshou, di sini kemenangan pelumba berusia 27 tahun itu dibatalkan oleh komisar perlumbaan selepas Shah Firdaus memasuki lorong lawannya itu semasa pusingan akhir.

Pada saringan separuh akhir kedua, pelumba negara itu melakukan kesilapan apabila membenarkan Zhou Yu mendahului dengan melakukan kayuhan bertenaga untuk sampai ke garisan penamat dan mengesahkan tempat ke final.

"Saya agak sedih kerana tenaga amat baik sekali tetapi tersingkir selepas memenangi saringan pertama. Saya tidak tahu apa sebabnya...mereka kata terdapat sedikit sentuhan badan.