Surau sempit, uzur tidak mampu tampung peningkatan jemaah

Keadaan surau yang sempit tidak mampu menampung jumlah jemaah yang semakin bertambah.
Keadaan surau yang sempit tidak mampu menampung jumlah jemaah yang semakin bertambah.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Keadaan Surau Belantara di kawasan pedalaman Kampung Pulau Tujuh, Air Banun, Gerik dibina kira-kira 15 tahun lalu kini didakwa tidak mampu lagi menampung kapasiti jemaah terdiri daripada komuniti Orang Asli.

Ketua Kampung, Ietam Gading berkata, ia berikutan, keadaannya yang sempit selain struktur dibina sepenuhnya menggunakan kayu dan hasil hutan itu juga sudah uzur serta dimakan anai-anai.

Muhammad Wafdi menunjukkan Surau Belantara di Kampung Pulau Tujuh, Air Banun, Gerik yang digunakan masyarakat Orang Asli untuk beribadat, kini sedang dalam proses baik pulih.
Muhammad Wafdi menunjukkan Surau Belantara di Kampung Pulau Tujuh, Air Banun, Gerik yang digunakan masyarakat Orang Asli untuk beribadat, kini sedang dalam proses baik pulih.

Menurutnya, selain digunakan sebagai tempat beribadat, surau berkenaan juga dijadikan pusat aktiviti termasuk lokasi penyaluran bantuan, persinggahan komuniti luar, majlis tertentu serta aktiviti kemasyarakatan lain.

"Ruang yang ada sempit, Kalau boleh diperbesarkan lagi lebih baik, ia sebagai persediaan menyambut Ramadan, untuk solat tarawih dan berbuka puasa selain solat sunat hari raya," katanya.

Keadaan Surau Belantara yang mula dibaik pulih setahun lalu dilaksanakan secara berperingkat berikutan dana yang tidak mencukupi.
Keadaan Surau Belantara yang mula dibaik pulih setahun lalu dilaksanakan secara berperingkat berikutan dana yang tidak mencukupi.

Selain itu, Pengerusi Sahabat Orang Asal, Bazlan Salleh berkata, keperluan baik pulih dan naik taraf surau adalah keutamaan ketika ini agar dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh penduduk yang kebanyakan adalah mualaf.

Menurutnya, surau paling hampir ialah di Kampung Semelor yang mana memerlukan perjalanan kira-kira 40 minit dari kampung mereka.

Artikel Berkaitan:

Bazlan Salleh
Bazlan Salleh

"Sekiranya surau ini diperbesarkan dan dibaik pulih, ia memudahkan jemaah untuk solat Jumaat setiap minggu, sekarang ini masih digunakan walaupun semakin uzur.

"Tempat ini juga dijadikan ruang mengaji anak-anak," katanya.

Setakat ini, jelasnya, kerja-kerja membawa masuk bahan binaan dimulakan sejak setahun lalu dan dilaksanakan secara gotong-royong secara berperingkat berikutan dana yang tidak mencukupi.

Ietam Gading
Ietam Gading

Sementara itu, Pengerusi Team Amal Mabrur, Muhammad Wafdi Yusoff berkata, pihaknya kini sedang mengumpul dana bagi menyiapkan surau berkenaan sekurang-kurangnya sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank bernombor 552059831200 atas nama Team Amal Mabrur (Mabrur Resources).